KELAHIRAN ANAK ANGGOTA KERJA BAHAGIAN PEMULIHARAAN

Hazarish Baharuddin telah menjadi ahli baru dalam Bahagian Pemuliharaan pada awal Februari 2011 yang lalu. Beliau telah ditugaskan di Muzium Kraf Kuala Lumpur sebagai Pembantu Muzium yang baru. Pada tanggal 29 Mei 2010 beliau telah di akad nikahkan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Afzan Shahril. Dan baru-baru ini pada 13 April 2011 yang lalu, beliau telah melahirkan seorang puteri bernama Alya Qaisara yang bakal menjadi penyeri hidupnya.

BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Pengarang : Farish A. Noor & Eddin Khoo
Tajuk : Spirit of Wood (The Art of Malay Woodcarving)
Penerbit : Singapore (Periplus Edition,2003)
Tahun : 2003
ISBN : 0794601030

Sinopsis:
In Malaysia, woodcarvers are venerated as artists who have a mystical affinity with wood. This collection of over 250 photographs and line drawings explores the mystical connection between Malaysian woodcarvers and their craft.

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011

Jualan Buku Kraftangan Malaysia telah berlangsung di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011. Jualan buku Kraftagan Malaysia akan berada di sana bermula 24 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Dapatkan buku-buku dan VCD terbitan Kraftangan seperti berikut :

Senarai Buku Terbitan Kraftangan
  1. Seni Kraf besi
  2. Koleksi Busana Anggun
  3. Ukiran Kayu - Warisan Melayu
  4. Kilauan tembaga
  5. Shadow Play : Malay Traditional Theatre
  6. Adiguru Kraf
  7. Crafted In Malaysia
  8. Malaysian Batik : Creating New Tradisions
  9. Design Magazine
  10. Seni Kraf Batik : Pewarnaan Asli
  11. Seni Kraf Batik : Motif & Teknik
  12. Seni Kraf Tenunan : Motif & Teknik
  13. Seni Kraf Kayu : Motif & Teknik
  14. Seni Kraf Logam : Motif & Teknik
  15. Seni Kraf Seramik : Motid & Teknik
  16. Seni Kraf Rotan : Motif & Teknik

Senarai VCD Terbitan Kraftangan

  1. Adiguru Kraf Perak
  2. Adiguru Kraf Tembaga
  3. Kraf Orang Asli
  4. Seni Tenunan : The Art of Weaving
  5. Pasu Iban Sarawak : Gahya "Nuan"

HATI-HATI DENGAN TEMPLATE BLOGSPOT/WORDPRESS PERCUMA

Saya merujuk kepada petikan dari Abu Abdullah dalam http://anakkusayang.com/ berkenaan dengan template blogspot / wordpress yang sering digunakan dalan website dan blog. Petikan ini hanya sekadar makluman dan maklumat yang berguna kepada rakan-rakan sekalian.

Template percuma dari mana-mana website sering dijadikan asas sebelum memulakan kerja mendesign. Sebenarnya ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...
Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.


Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan blog yang kita masuk. Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.


Selain itu, ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kandungan blog anda.


Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma ya...

MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI KE-24

Pada 19 April 2011 yang lalu, 5 orang kakitangan Bahagian Pemuliharaan bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Shahrudin b. Mohd. Noor telah menghadiri Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Majlis polemik ini merupakan satu forum perbincangan oleh ahli-ahli sejarah berkenaan pengkajian-pengkajian, penemuan dan penulisan mereka mengenai pelbagai perkara yang berkaitan sejarah negara. Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-24 ini telah membincangkan tentang Petempatan dan Kerajaan Awal Malaysia Sebelum 1400M. Perbincangan dalam sesi ini menyentuh petempatan awal dan kerajaan lama di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) sebelum 1400M seperti :-



• Kerajaan Kataha / Kadaram / Chieh Cha di Kedah
• Kerajaan Chi’h T’u, Gua Cha dan Gua Musang di Kelantan
• Kerajaan Gangga Nagara, Kota Tampan, Lenggong, Pulau Kelumpang, Kuala Selinsing dan Changkat Menteri di Perak,
• Lembah Bernam, Jenderam Hilir dan Sungai Lang di Selangor,
• Lo-yueh dan Muar di Johor,
• Kerajaan Fo-lo-an dan Kuala Berang di Terengganu
• Gua Bukit dan Tengku Lembu di Perlis

Turut dibincangkan juga mengenai hubungan kerajaan-kerajaan ini dengan kerajaan-kerajaan lain di sekitar Nusantara berserta cara hidup mereka yang pelbagai termasuklah perahu, tempaan batu, tembikar, pandai besi dan pelbagai lagi.

RAKAMAN RANCANGAN NONA DI MUZIUM KRAF KUALA LUMPUR

Pada hari ini 21 April 2011, Vanida Imran telah datang ke Muzium Kraf Kuala Lumpur untuk rakaman rancangan NONA terbitan TV3 yang akan ditayangkan pada 22 Mei 2011 nanti...Marilah bersama-sama kita nantikan rancangan ini ditayangkan...

KAUNTER JUALAN BUKU KRAFTANGAN MALAYSIA SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Jualan buku Kraftangan Malaysia akan berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena pesta buku 2011 pada 24 April 2011 sehingga 1 Mei 2011.