AHLI-AHLI SUKAN BAHAGIAN PEMULIHARAAN



Pada hari ini (19 Mei 2011, Khamis) staf Bahagian Pemuliharaan telah menyertai satu pertandingan sukan untuk Zon Tengah, Kejohanan Sukan sempena Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Negeri Sembilan. Berikut merupakan sukan-sukan yang telah mereka sertai :
1) Nurulhadi Abu Talib (Pengurus Sukan)
2) Hajah Raudzah Mohd Said (Dat)
3) Siti Khadijah Ibrahim @ Ramli (Seremban)
4) Sharifah Aqilah Syed Yahya (Karom)
5) Noor Hidayah Che Man (Karom)
6) Muhammad Kamal Shariff (Bola Tampar)
7) Mohamad Arif Mustafa (Ping Pong)

KOLEKSI CAKERA PADAT : ADIGURU KRAF PERAK

Dokumentari ini menyelami penerima Adiguru Kraf Perak 2008 iaitu Allahyarham Tn. Haji Abdul Manan bin Haji Yakub atau lebih dikenali sebagai Pok teh di kalangan penduduk setempat di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Ketelitian dan kepakaran seni pertukangan perak yang diwarisi beliau dipaparkan dengan jelas dan menarik disamping kita akan dihidangkan dengan paparan penerokaan berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman beliau sepanjang menceburi bidang seni kraf perak.

BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Buku Bunga Moyang memaparkan seni kraf Orang Asli dari kaum Mah Meri iaitu Temuan dan Temiar. Ia mendokumenkan teknik seni lipatan, bentuk-bentuk, gubahan serta upacara yang yang berkaitan dengan gubahan berkenaan. Ianya turut mengupas mengenai budaya dan ada tresam masyarakat Mah Meri.

Pengarang : Rashid Esa
Tajuk : Bunga Moyang: seni lipatan daun Mah Meri
Penerbit : Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
Tahun : 2007
ISBN : 978-967-9935-82-0


Buku ini memaparkan pelbagai nyanyian, tarian, permainan dan cerita-cerita lama yang melibatkan golongan kanak di kalangan negara-negara ASEAN. Ia turut mengupas keunikan serta faedah yang akan diperolehi oleh kanak-kanak terhadap aktiviti nyanyian, tarian, permainan dan cerita-cerita lama yang dipelajari dan dipraktikkan.


Tajuk : Compilation of Traditional ASEAN Children’s Songs, Dances, Games and Story -Telling
Penerbit : ASEAN
Tahun : 2009
Buku ini mengandungi 30 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam 10 sesi Majlis Polemik Sejarah Malaysia, anjuran Arkib Negara Malaysia yang diadakan dari tahun 1998 hingga 2008. Kertas-kertas kerja yang diterbitkan ini hanya diolah dari segi format penerbitan untuk keselarasan dan keseragaman teks. Manakala ejaan, gaya penulisan dan aspek kebahasaan adalah sebagaimana teks asal penulis. Pendapat dan pandangan yang terkandung dalam kumpulan kertas-kertas kerja ini merupakan hasil kajian dan cetusan minda penulis dan pembentang sendiri dan tidak hanya mencerminkan pendapat Urusetia Majlis atau pandangan Arkib Negara Malaysia.

Tajuk : Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 2)
Penerbit : Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia
Tahun : 2009
ISBN : 978-967-912-129-2

BUKU TERBITAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Malaysian Batik : Creating New Tradisions


Malaysian batik : Creating Tradisions merupakan perspektif berkaitan batik canting Malaysia yang menyentuh aspek proses dan reka corak


Tahun : 1987


Harga : RM24.00


Muka Surat : 121


Versi : Bahasa Inggeris



Untuk pertanyaan dan kaedah pembelian sila klik DISINI!!!

BUKU TERBITAN KRAFTANGAN MALAYSIA : CRAFTED IN MALAYSIA

Crafted in Malaysia membicarakan lima (5) bidang kraf di Malaysia iaitu Kraf Tekstil, Kraf Logam, Kraf Seramik, Kraf Hasil Rimba dan Kraf Etnik. Ianya merangkumi sejarah, evolusi, kesenian, fungsi dan kegunaan.


Tahun : 2007
ISBN : 9789839196528
Harga : RM145.00
Muka Surat : 149
Versi : Bahasa Inggeris



Untuk pertanyaan dan kaedah pembelian sila klik DISINI!!!