JEMPUTAN KE PAMERAN PERTARUNGAN AMRON OMAR DI BALAI SENI VISUAL NEGARA

JEMPUTAN KE PAMERAN SAKSI DAN BUKTI DI BALAI SENI VISUAL NEGARA


Pameran ini mempamerkan sejumlah lakaran pelukis yang telah diperolehi oleh Balai Seni Visual Negara(BSVN). Pameran ‘Saksi dan Bukti’ ini  menampilkan dua orang pelukis iaitu Anassuwandi dan Fauzulyusri. Sempena pameran ini, kumpulan kuratorial telah meminjam beberapa objek sokongan pelukis seperti peralatan, subject matter, bahan kajian, keratan suratkhabar,buku katalog, fotografi dan objek harian sebagai melengkapkan tema pameran ini.
Anassuwandi dan Fauzulyusri, bukan nama asing dalam dunia seni lukis moden di Malaysia. Menyatukan dua seniman ini dalam satu ruang pameran, ianya memberi satu impak hebat dimana sebahagian kesemua lakaran pelukis di pamerkan ini. Objektif pengumpulan lakaran pelukis ini dibawah kategori koleksi arkival BSVN bertujuan membina satu gedung perkongsian data dan ilmu pengetahuan di antara penyelidik, kurator dan masyarakat seni umumnya. Selain berhasrat BSVN sebagai pusat rujukan terpenting bagi penyelidik seni mengenali diri pelukis secara ‘intepretasi terbuka’ terhadap bukti yang di zahirkan.

MY INTEGRITI