MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF PARANG BAJAU SAMAH, SABAH DAN PARANG ILLANG, SARAWAK

Kota Belud, 18 Januari 2013 - Kraftangan Malaysia agensi dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2012. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagian Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan malaysia bertempat di Pusat Inkubator Kraftangan Malaysia, Kota Belud, Sabah.

Hadir sama ialah Encik Mohd Latiff bin Harun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dan Encik Sahaimi bin Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. 

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Zainal Abidin bin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat). 

Di majlis ini, seramai 2 usahawan kraf diberikan penghormatan dan dilantik sebagai adiguru kraf bagi tahun 2012 iaitu:

a) Encik Jamawid bin Haji Soh (Kraf Pandai Besi Parang Bajau Samah, Sabah)
b) Encik Johnny Anak Barangan (Kraf Pandai besi Parang Ilang, Sarawak)


Kedua-dua usahawan ini merupakan sebahagian daripada empat orang usahawan yang dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2012. Terdahulu, dua penerima iaitu Encik V.N Ramadas A/L Vengdasalam (Kraf Seramik) dan Ecik Siow Ho Phiew (Kraf Kepala Singa - Boneka) telah dianugerahkan pada 17 Disember 2012 bertempat di Selangor.

Sempena dengan majlis ini juga, Kraftangan Malaysia mengambil kesempatan untuk menyampaikan  sijil pengiktirafan daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization atau UNESCO kepada salah seorang pengusaha kraf parang dari daerah Tambunan, Sabah, yang mendapat pengiktirafan daripada pihak UNESCO,  bagi  kategori homeware; cothing and scarves iaitu Encik Arifudin  Morusin.



Penghargaan kepada Adiguru Kraf - diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.