PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012



KRAFTANGAN MALAYSIA sekali lagi mengambil bahagian dalam pesta buku yang terbesar di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.  Pameran kali ke 31 ini yang bertemakan "Buku: Dunia Tanpa Sempadan" bermula dari 27 April 2012 dan berakhir pada 6 Mei 2012 dari jam 9.00 pagi - 7.00 malam.

Kunjungi booth KRAFTANGAN MALAYSIA di Bilik Mawar, Tingkat 2, PWTC untuk mendapatkan buku-buku terbitan KRAFTANGAN MALAYSIA. Untuk maklumat lanjut dan jika ada sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 03-2162 7459 atau e-mel: arif@kraftangan.gov.my.  Jumpa anda di sana!

JAMUAN MAKAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR ANGGOTA KERJA BAHAGIAN PEMULIHARAAN


Selamat hari lahir untuk semua staff Bahagian Pemuliharaan 
Majlis : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 12.30tgh - 3.00ptg

INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

 Interaktif Kraf Logam Metal Craft Interactive
 Teknik Dawai Pintal (Filligree)

Teknik Dawai Pintal (Filligree) ia terbuka kepada semua pengunjung. Terdapat dua sesi pada hari bekerja dan 3 sesi pada hujung minggu. Sepanjang hari kraf berlangsung (23/3/2012 - 2/4/2012) seramai 500 orang telah menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.


 Interaktif Kraf Logam Metal Craft Interactive
 Teknik Punaran Asid (Etching)

Bagi Teknik Punaran Asid (Etching) ia terbuka kepada pengunjung dewasa sahaja kerana melibatkan penggunaan asid . Terdapat dua sesi pada hari bekerja dan 3 sesi pada hujung minggu. Sepanjang hari kraf berlangsung (23/3/2012 - 2/4/2012) seramai 500 orang telah menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.


Interaktif Kraf Anyaman Rotan
Rattan Weaving Craft Interactive

     Interaktif Kraf Anyaman Rotan terbuka kepada semua pengunjung yang datang. Aktiviti ini dilakukan sepanjang masa dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sepanjang hari kraf berlangsung (23/3/2012 - 2/4/2012) seramai 242 orang telah menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.

 Interaktif Kraf Manik
Beads Weaving Crafts Interactive


Interaktif Kraf Manik terbuka kepada semua pengunjung yang datang. Aktiviti ini dilakukan sepanjang masa dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sepanjang hari kraf berlangsung (23/3/2012 - 2/4/2012) seramai 716 orang telah menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.


Interaktif Kraf Mewarna “T-Shirt “ Batik 
T-Shirt Batik Colouring Craft Interactive

Interaktif Kraf Mewarna “T-Shirt “ Batik ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Pengunjung dikenakan bayaran RM10.00 kepada t-shirt yang hendak diwarnakan. Terdapat dua sesi pada hari bekerja dan 3 sesi pada hujung minggu. Sepanjang hari kraf berlangsung (23/3/2012 - 2/4/2012) seramai 242 orang telah menyertai aktiviti pendidikan kraf ini.