PEMENANG PERTANDINGAN SELOKA PANTUN KRAF

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai “PERTANDINGAN SELOKA PANTUN KRAF” anjuran Bahagian Pemuliharaan.

Berikut merupakan nama pemenang dan saguhati untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan “Pertandingan Seloka Pantun Kraf” Bahagian Pemuliharaan. Hadiah boleh dituntut mulai 22 Mac 2013 (Jumaat) di Bahagian Pemuliharaan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Pertandingan iaitu Mohamad Arif Mustafa di sambungan 326. Bagi peserta yang berada di cawangan, hadiah pertandingan akan diposkan kepada mereka. Berikut merupakan nama pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga serta penerima hadiah saguhati.


Hadiah Saguhati :
  1. Noraini binti Othman (Bahagian Strategi Korporat)
  2. Noorma binti  Desa (Bahagian Strategi Korporat)
  3. Zafika binti Abdul Razak (Unit Pembangunan)
  4. Amran bin Ghazali (PKKM Cawangan Terangganu)
  5. Easter Karen Robert Meisin (PKKM Cawangan Sabah)

PREVIEW ENSIKLOPEDIA KRAF

ensiklopedia kraf promo

PROMOSI BUKU ENSIKLOPEDIA KRAF MALAYSIA


INTERAKTIF KRAF ANYAMAN MENGKUANG SEMPENA HKK2013

Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. 

Terdapat dua sesi sepanjang Hari Kraf Kebangsaan ini. Berikut merupakan jadual aktiviti interaktif tersebut :

A.   Kategori Interaktif
Peserta Dewasa
Peserta Kanak-kanak
Anyaman Kelarai
Anyaman Bertulang

B.   Isnin – Ahad / Monday – Sunday
Sesi 1/ 1st Session
Sesi 2/ 2nd Session
10am – 1 pm
2 pm – 5 pm

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti interaktif kraf berlangsung :

INTERAKTIF KRAF ANYAMAN ROTAN SEMPENA HKK 2013

Rotan merupakan bahan tumbuhan yang banyak digunakan sebagai bahan anyaman. Terlebih dahulu rotan dipotong dan dibuang durinya dan kemudian dibelah mengikut ukuran yang diperlukan. Bilah-bilah rotan direndam ke dalam air untuk dilembutkan sebelum dianyam. Dahulu, rotan dianyam untuk menghasilkan barangan keperluan seperti bakul untuk memungut hasil tanaman. Kini, anyaman bakul rotan dijadikan barangan keperluan rumah dan perhiasan. 

Cane is the most widely used plaiting material. The cane is cut and its thorns removed before it is slit into strips and smoothed. It is then soaked in water to soften before plaiting. Traditionally, basketry was limited to the production of utility products as containers for collecting forest and farm produce. However, it is now widely used as household and decorative items.

Terdapat dua sesi sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013. Berikut merupakan jadual aktiviti interaktif kraf tersebut : 

A.   Kategori Interaktif
Peserta Dewasa
Peserta Kanak-kanak
Bakul Kecil / Bekas Telur
Alas Cawan

B.   Isnin – Ahad / Monday – Sunday
Sesi 1/ 1st Session
Sesi 2/ 2nd Session
10am – 1 pm
2 pm – 5 pm


Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti interaktif berlangsung :

PROMOSI BUKU ENSIKLOPEDIA KRAF MALAYSIA SEMPENA HKK 2013


Buku ini menghuraikan maklumat berkaitan seni kraf negara yang dibahagikan kepada 5 bidang utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.

Buku berinformatif ini juga memberi penjelasan tentang kraf yang merangkumi bidang, bahan, produk, proses, teknik dan tokoh-tokoh yang banyak terlibat serta menyumbang dalam industri kraf melalui huraian-huraian dan penjelasan yang ringkas dan tersusun. Tidak sahaja sesuai dijadikan rujukan buku ini amat sesuai sekali dijadikan bahan bacaan untuk khalayak umum.

Harga biasa = RM 51.00 senaskhah
Harga promosi sempena HKK 2013 = RM 40.00 senaskhah (Sah sehingga 27/02/2013 - 11/03/2013)

Tempat jualan :
  • Gerai Jualan Buku Kraftangan Malaysia (di hadapan pintu masuk kafeteria yang juga bersebelahan dengan bilik Urusetia HKK 2013).
  • Kedai Muzium Kraf Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaaan, sila hubungi En. Mohamad Arif bin Mustafa / Pn. Parbiyah Bachik di talian 03-2162 7459 (samb. 326 / 166) - Bahagian Pemuliharaan.