INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

Untitled Document
Aktiviti Interaktif Kraf akan diadakan sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 dari 27 Februari hingga 11 Mac 2013. Terdapat dua interaktif kraf akan dilaksanakan iaitu Interaktif Kraf Anyaman Rotan dan Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang. Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013.

Interaktif Kraf Anyaman Rotan
 (27 Februari hingga 5 Mac 2013)

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman.

Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan seperti terendak lampu dan tempat alas cawan (coaster).

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif


Dewasa
 | Bakul Kecil/Bekas Telur
Kanak - Kanak | Alas Cawan

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang

Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang
 (6 Mac hingga 11 Mac 2013)

Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. 

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif 


Dewasa
 | Anyaman Kelarai
Kanak - Kanak | Anyaman Bertulang

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF PARANG BAJAU SAMAH, SABAH DAN PARANG ILLANG, SARAWAK

Kota Belud, 18 Januari 2013 - Kraftangan Malaysia agensi dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2012. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagian Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan malaysia bertempat di Pusat Inkubator Kraftangan Malaysia, Kota Belud, Sabah.

Hadir sama ialah Encik Mohd Latiff bin Harun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dan Encik Sahaimi bin Abdul Manaf, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak. 

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Zainal Abidin bin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat). 

Di majlis ini, seramai 2 usahawan kraf diberikan penghormatan dan dilantik sebagai adiguru kraf bagi tahun 2012 iaitu:

a) Encik Jamawid bin Haji Soh (Kraf Pandai Besi Parang Bajau Samah, Sabah)
b) Encik Johnny Anak Barangan (Kraf Pandai besi Parang Ilang, Sarawak)


Kedua-dua usahawan ini merupakan sebahagian daripada empat orang usahawan yang dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2012. Terdahulu, dua penerima iaitu Encik V.N Ramadas A/L Vengdasalam (Kraf Seramik) dan Ecik Siow Ho Phiew (Kraf Kepala Singa - Boneka) telah dianugerahkan pada 17 Disember 2012 bertempat di Selangor.

Sempena dengan majlis ini juga, Kraftangan Malaysia mengambil kesempatan untuk menyampaikan  sijil pengiktirafan daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization atau UNESCO kepada salah seorang pengusaha kraf parang dari daerah Tambunan, Sabah, yang mendapat pengiktirafan daripada pihak UNESCO,  bagi  kategori homeware; cothing and scarves iaitu Encik Arifudin  Morusin.



Penghargaan kepada Adiguru Kraf - diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.

PEMENANG ESEI TEMPAT KETIGA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN MOHAMMAD SUFFIAN BIN FAUZI


TEMPAT KETIGA -

PEMENANG ESEI TEMPAT KEDUA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. IR MOHD HAZERI BIN HJ MOHD SHAMSI


TEMPAT KEDUA -

PEMENANG ESEI TEMPAT PERTAMA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. SYED MAHADHIR BIN SYED IBRAHIM


TEMPAT PERTAMA -