DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA JUALAN KRAF SDSI

Jualan Kraf SDSI 2009 telah berlangsung pada 17-21 Disember 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti jualan telah berlangsung termasuklah aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf. Demonstrasi yang dijalankan adalah ukiran kayu, labu pulau tiga, tekatan, anyaman pandan dan manik. Aktiviti interaktif kraf pula mewarna batik dan seramik. Jurudemo yang terlibat adalah Adiguru Hajah Hawa Binti Ngah Salam (Labu Pulau Tiga), Adiguru Hajah Azizah Binti Mohamad Yusof (Tekatan), Mohd Zarir Bin Abdullah (Ukiran Kayu), Fatimah Binti Ngah (Anyaman Pandan) dan Notiah Binti Wandak (Kraf Manik). Manakala aktiviti interaktif kraf dilaksanakan oleh Noram Binti Tambi (Batik) dan Md. Sallehin Bin Md. Noh (Seramik).

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada Bahagian Pemuliharaan Kraf atau Pemuliharaan dapat merealisasikan pengwujudan blog sendiri. Banyak maklumat telah dimasukkan. Namun penting sekali mempunyai fokus untuk bahagian nak sampaikan selain daripada aktiviti bahagian. Tahniah sekali lagi

    BalasPadam