PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Kata Kunci : Berkaitan Dengan Kraf
Jumlah Perkataan Tersembunyi : 30 Perkataan

*Sila lorekkan atau gariskan jawapan yang betul

Lengkapkan Slogan Berikut :

Kraf 1 Malaysia ialah ...............................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
(Tidak melebihi 20 perkataan)


Nama : .....................................................
Jawatan : .....................................................
Bahagian / Unit : .....................................................
No. Telefon : .....................................................

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

  1. Pertandingan mencari perkataan tersembunyi ini akan dijalankan dari 27 Ogos 2010 hingga 3 September 2010. Bahagian Pemuliharaan berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh pertandingan.

  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia kecuali Staf Bahagian Pemuliharaan.

  3. Salinan Fotostat borang penyertaan dibenarkan.

  4. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang mereka suka.

  5. Bahagian Pemuliharaan berhak membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat dihantar.

  6. Pertandngan ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :

    a) Hadian Utama – Setiap penyertaan yang diterima akan diberikan nombor siri. Jumlah nombor bersiri pada akhir tempoh pertandingan akan dibahagikan dengan dua (2) untuk memperolehi nombor bersiri untuk Hadiah Utama. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat paling rendah yang diperolehi selepas pembahagian dibuat. Sebagai contoh, sekiranya jumlah penyertaan yang diterima ialah 201, maka jumlah tersebut dibahagi dengan dua (2) untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan. Maka penyertaan ke 100 akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama yang layak.

    b) Slogan Terbaik – Slogan terbaik akan dinilai dari kalangan peserta yang berjaya mendapatkan jawapan yang betul.

    c) Hadiah Saguhati – Setiap penyertaan akan diberi hadiah saguhati sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan dalam pertandingan ini.


  7. Para pemenang akan dimaklumkan melalui email, blog dan telefon.

  8. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju untuk memenuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan-keputusan Bahagian Pemuliharaan.

  9. Hantarkan borang-borang penyertaan kepada Bahagian Pemuliharaan, Tingkat M, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur. Sila serahkan borang penyertaan kepada Puan Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki selewat-lewatnya pada 3 September 2010 bersamaan hari Jumaat sebelum jam 3.00 petang.

*Borang pertandingan telah pun di email kepada anda semua melalui email pemuliharaan@kraftangan.gov.my

0 Komen:

Catat Ulasan