BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Buku Bunga Moyang memaparkan seni kraf Orang Asli dari kaum Mah Meri iaitu Temuan dan Temiar. Ia mendokumenkan teknik seni lipatan, bentuk-bentuk, gubahan serta upacara yang yang berkaitan dengan gubahan berkenaan. Ianya turut mengupas mengenai budaya dan ada tresam masyarakat Mah Meri.

Pengarang : Rashid Esa
Tajuk : Bunga Moyang: seni lipatan daun Mah Meri
Penerbit : Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
Tahun : 2007
ISBN : 978-967-9935-82-0


Buku ini memaparkan pelbagai nyanyian, tarian, permainan dan cerita-cerita lama yang melibatkan golongan kanak di kalangan negara-negara ASEAN. Ia turut mengupas keunikan serta faedah yang akan diperolehi oleh kanak-kanak terhadap aktiviti nyanyian, tarian, permainan dan cerita-cerita lama yang dipelajari dan dipraktikkan.


Tajuk : Compilation of Traditional ASEAN Children’s Songs, Dances, Games and Story -Telling
Penerbit : ASEAN
Tahun : 2009
Buku ini mengandungi 30 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam 10 sesi Majlis Polemik Sejarah Malaysia, anjuran Arkib Negara Malaysia yang diadakan dari tahun 1998 hingga 2008. Kertas-kertas kerja yang diterbitkan ini hanya diolah dari segi format penerbitan untuk keselarasan dan keseragaman teks. Manakala ejaan, gaya penulisan dan aspek kebahasaan adalah sebagaimana teks asal penulis. Pendapat dan pandangan yang terkandung dalam kumpulan kertas-kertas kerja ini merupakan hasil kajian dan cetusan minda penulis dan pembentang sendiri dan tidak hanya mencerminkan pendapat Urusetia Majlis atau pandangan Arkib Negara Malaysia.

Tajuk : Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 2)
Penerbit : Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia
Tahun : 2009
ISBN : 978-967-912-129-2

0 Komen:

Catat Ulasan