BUKU TERBARU : WARISAN SENI BUDAYA SIAM KELANTAN

Kelantan sebagai negeri yang kaya dengan kesenian tradisional sudah diketahui umum. Kelantan negeri yang ketara dengan kesenian Siam tidak ramai yang mengetahuinya. Jesteru salah seorang pelancong dari Sarawak telah menulis dalam laman webnya dengan mengatakan:

"Sekiranya anda di kelantan dan belum menyeberangi ke Thailand, lawatilah dulu wat-wat (biara) di Kelantan. Saya hanya berbelanja RM100 untuk mendapatkan seorang pemandu bersama Toyota Unser dengan lebih kurang 1 jam perjalanan yang sangat menyenangkan melintasi sawah dan kampung untuk ke sana. Saya telah melawat hampir semua wat Siam di kawasan ini tetapi gagal untuk mengingati semua nama. Anda namakan : Wat Phikulthong (patung buddha berdiri tinggi), Wat Cheng dan Wat Machimmaran (wat paling terkenal di mana terdapat patung buddha berbaring terbesar di Asia Tenggara)".

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan buku ini silalah kunjungi Perpustakaan Kraftangan Malaysia.

Buku ini disunting oleh Hanapi Dollah yang telah diterbitkan oleh Persatuan Muzium Malaysia.

0 Komen:

Catat Ulasan