JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA TOKOH SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2011

Untuk makluman tuan/puan, sempena Promosi Kerja Kahwin yang akan berlangsung mulai 26 Mei hingga 6 Jun 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, pihak kami akan menganjurkan Bicara Tokoh bersama Adiguru Kraf dan Tokoh Kraf Negara.

Untuk makluman tuan juga, program Bicara Tokoh ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan seni kraf warisan negara kepada golongan sasar di samping berkongsi pengalaman bersama Adiguru Kraf dan Tokoh Kraf Negara. Antara pengisian yang telah diatur sepanjang program ini ialah program bual bicara, sesi soal jawab dan demonstrasi kraf. Berikut merupakan Jadual Program Bicara Tokoh yang akan diadakan :





Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan/puan untuk menjadi tetamu bagi setiap sesi Program Bicara Tokoh yang bakal diadakan sempena Promosi Kerja Kahwin 2011. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi pegawai penyelaras di talian 03-21627533 iaitu En. Mohd. Suhaimi b. Mohd. Daud di sambungan 198 atau Puan Sarina bt. Abdul Rahman di sambungan 272.

Sekian, terima kasih.

0 Komen:

Catat Ulasan