PM PILIH PAKAIAN RASMI HARI KEMERDEKAAN

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin mendengar penerangan Rais yatim mengenai baju rasmi menteri Kabinet pada Hari Kemerdekaan di Bagunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
Sumber : Utusan Malaysia, 18 ogos 2011, Khamis, M/s-4

PUTRAJAYA 17 Ogos - Datuk Seri Najib Razak hari ini telah memilih sepasang pakaian rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 yang ditunda ke tarikh 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia, tahun ini.

        Pakaian yang dipilih itu, masing-masing satu bagi pakaian lelaki dan wanita, adalah daripada tiga rekaan pakaian lelaki dan wanita oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini.

        Antara yang turut menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beberapa anggota jemaah menteri dan Ketua Setiausaha negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

        Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata, Perdana Menteri tertarik dengan ketiga-tiga corak rekaan berkenaan yang menggabungkan warna asas negara iaitu merah, putih dan biru, cuma ia perlu disesuaikan dengan suasana sambutan hari bersejarah itu.

        Beliau berharap pakaian yang dipakai oleh jemaah menteri itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya selepas 16 September kelak. - BERNAMA

0 Komen:

Catat Ulasan