BUKU BARU : TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Melalui buku ini, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menceritakan pelbagai peristiwa peting pada era kebangkitan semangat nasionalisme, kejatuhan imperialisme dan perkembangan yang berlaku di Asia Tenggara suatu ketika dulu. melalui pemerhatian tajam beliau, tunku merakamkan di dalam buku ini perkembangan ideologi komunis dan kerjasama antara pelbagai agama, termasuk islam, Kristian, Hindu dan Buddha dalam perjuangan menentang semangat kebendaan.

Sebagai peguam, diplomat, Perdana Menteri dan insan yang dilahirkan sebagai pemimpin, Tuanku menyatakan dengan penuh ikhlas dan jujur pendapat beliau tentang tokoh-tokoh yang sezama dengan beliau dari Timur dan Barat  serta pengalaman yang beliau lalui dalam usaha membina negara ini dan dalam memupuk semangat setiakawan dan keamanan antara manusia dan negara di seluruh duia.

sebagai tokoh yang pernah menjadi Bapa Malaya dan kemudian Bapa Malaysia serta pengasas ASA (kini ASEAN), tidak ramai tokoh seperti Tunku di rantau ini yang memiliki ketajaman akal dan kefahaman mendalam tentang kuasa dan pengaruh yang mencorakkan masa depan rantau Asia Tenggara - sebuah rantau penting yang kini menjadi perintis dan pencorak perkembangan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

0 Komen:

Catat Ulasan