MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2011

ALOR GAJAH, 08 DISEMBER 2011 – Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf Anyaman Rotan 2011 kepada Encik Ishak bin Kassim yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan dan Puan Aididah Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Untuk makluman, Skim Adiguru Kraf telah dilaksanakan sejak tahun 1987 bertujuan untuk  memulih dan memelihara seni kemahiran tradisi supaya ianya berkekalan sebagai warisan yang menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat Malaysia. Di bawah Skim ini, tokoh-tokoh atau pengamal seni kraf yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara akan diberi pengiktirafan.

Majlis menandatangai perjanjian dan watikah pelantikan

Aktiviti sepanjang majlis berlangsung

0 Komen:

Catat Ulasan