PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN
  1. Penyertaan pertandingan ini terbuka secara percuma kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada tarikh tutup pertandingan ini.
  2. Tajuk : KRAF 1MALAYSIA - Jalinan Budaya Mengukuhkan Perpaduan, Meningkatkan Pendapatan atau Keunggulan Kraf Malaysia Menjana Ekonomi Dan Menjadi Lambang Budaya Bangsa.
  3. Setiap hasil karya perlu dikarang dalam Bahasa Melayu dan hendaklah merupakan hasil karya asli dan belum pernah diterbitkan. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal dengan sendirinya.
  4. Panjang esei mestilah di antara 2,500 hingga 3,000 patah perkataan dan ditaip menggunakan format Microsoft Words atau pdf.
  5. Esei hendaklah ditaip menggunakan saiz kertas A4 dalam jarak langkau dua (double spacing) dan menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (font 12.)
  6. Kesemua esei yang dihantar akan dinilai melalui beberapa kriteria seperti berikut : 
  • Penilaian Bahasa : Tatabahasa, Perbendaharaan Kata, Struktur Ayat
  • Penilaian Kandungan : Pendahuluan, Isi (pernyataan, huraian & contoh), Pertautan Isi, Penutup / kesimpulan
  1. Kraftangan Malaysia berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang menyertai pertandingan ini. 
  2. Pihak Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kelewatan dan kerosakan format esei yang dihantar.
  3. Setiap peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan dan esei yang dihantar mestilah disertakan bersama borang penyertaan. Borang dan syarat penyertaan boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang http://www.kraftangan.gov.my atau http://pemuliharaankraf.blogspot.com.
  4. Setiap esei dan borang penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada eseikraf2012@kraftangan.gov.my sebelum atau pada 5 Oktober 2012 sebelum jam 12.00 tengah malam.
  5. Sumber rujukan (bibliografi), bahan bacaan yang digunakan, jika ada  hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.
  6. Hadiah pertandingan :
  • Pertama : RM3,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Kedua : RM2,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Ketiga : RM1,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Saguhati (10) : RM200 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  1. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi talian 03-2162 7459 / 21627 533 sambungan 166 / 272 / 326 atau emel kepada eseikraf2012@kraftangan.gov.my.

2 ulasan:

  1. bolehkah hantar penyertaan ini melalui pos? jika boleh, alamat apakah yang patut saya kirimkan?

    BalasPadam
  2. Salam Hormat,

    Pihak kami berbesar hati di atas pertanyaan dan minat anda menyertai pertandingan ini.
    Syarat pertandingan yang menetapkan agar semua penyertaan dihantar melalui emel adalah bertujuan bagi untuk meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kraf tempatan di samping memupuk budaya berfikir secara kreatif dan inovatif melalui media baru.

    Namun begitu, pihak kami turut mempertimbangkan untuk menerima penyertaan esei melalui pos kerana di atas faktor kekangan kemudahan komputer dan talian internet oleh para peserta yang berminat. Pihak kami mengambil maklum bahawa ada antara peserta yang terpaksa mengunjungi pusat internet berbayar bagi mendapatkan kemudahan tersebut.

    Penyertaan melalui pos boleh dihantar kepada alamat berikut:

    KEPADA:
    URUS SETIA
    PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA
    BAHAGIAN PEMULIHARAAN
    PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
    KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
    SEKSYEN 63, JALAN CONLAY
    50450 KUALA LUMPUR

    BalasPadam