MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2013

ENGGOR, 4 NOVEMBER 2013 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Noor Effendy Abdul Karim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak dan Encik Zainal Abidin bin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf tembikar labu sayong dari Negeri Perak diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Encik Zulkafly bin Pandak Bedin. Beliau merupakan seorang usahawan kraf dari Kampung Kepala Bendang, Sayong yang sudah 39 tahun bergiat aktif dalam perusahaan kraf tembikar labu sayong.

Menyusul selepas majlis ini, dua lagi penyerahan watikah perlantikan Adiguru Kraf bagi tahun 2013 kepada seorang usahawan kraf pembuatan bot di Terengganu dan seorang lagi usahawan kraf sulaman kelingkam di Kelantan. Ketiga-tiga perlantikan Adiguru Kraf ini akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 - 31 Disember 2018.

Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.


Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan menjadi sebagai pakar rujuk, tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman dan kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.


Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan menerima ganjaran berbentuk watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan.

Melawat Pameran Adiguru Kraf
Sidang Media
Penyerahan cenderahati kepada Dato' Mohd Kamil, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Penyerahan Watikah Pelantikan dan Wang Ganjaran

0 Komen:

Catat Komen