1st CEREMONY TO COMMEMORATION OF ASIAN HUMAN LIVING TREASURES

Program : 1st Ceremony To Commemoration Of Asian Human Living Treasures


Objektif : Memberi penghormatan dan penghargaan kepada tokoh-tokoh Seni Pertukangan Kraf / WarisanOrang Hidup dari kalangan 32 ahli negara anggota "Asian Cooperative Dialogue" (ACD).

Penganjur : National Commision For Culture and The Arts (NCCA), Philippines

Tarikh : 20 hingga 21 mei 2014

Tempat : Manila Hotel, One Rizal Park, 01913 Manila, Philippines

Sumbangan KPK kepada program :
Peyertaan 2 orang peserta iaitu seorang Master Craftsmen / Awardee dan seorang pegawai pengiring selaku wakil pihak kerajaan Malaysia, merangkap jurubahasa bagi pihak Master Craftman, Nik Rahimah Nik Idris, tokoh Adiguru Kraf Sulaman Kelingkam, untuk sama-sama menjayakan program di peringkat antarabangsa ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan maklumat dari segi kesenian dan kemahiran seni pertukangan kraf tradisional dari Malaysia, serta pameran produk kraf secara langsung juga dapat memberikan gambaran sebenar tentang keunikan produk, kekayaan budaya serta kemahiran kerja tangan tukang kraf dari Malaysia.

Manfaat kepada KPK/Jabatan/Agensi/Bahagian :
Dapat menjalin kerjasama dengan perwakilan dari negara-negara peserta, khususnya peserta dari negara ASEAN yang mempunyai dan melaksanakan program-program pemuliharaan dan pemeliharaan kraf warisan yang hampir sama dengan Malaysia.

Cadangan kesuaian pelaksanaan program ini di Malaysia:
Program ini mempunyai persamaan dengan program sedia ada di Kraftangan Malaysia iaitu pengiktirafan tokoh (Adiguru Kraf dan Tokoh Kraf Negara), tetapi kaedah pelaksanaan adalah di peringkat Antarabangsa yang lebih tinggi. Kaedah dan cara pelaksanaan program seperti acara persembahan, pameran produk-produk Master Craftman, sesi persidangan dan percambahan idea serta garis panduan dan rujukan untuk percanggahan dan pelaksanaan program yang seumpamanya di Kraftangan Malaysia kelak.

Pihak kerajaan Filipina, pada april 1992 telah mewarta dan memperkenalkan pengiktirafan anugerah tertinggi Gawad sa Manlilikha ng Bayan, iaitu satu program mencari dan mengenalpasti penggiat-penggiat seni tradisional yang terbaik dan merangka pelaksanaan aktiviti untuk memulihara warisan seni secara menurunkan ilmu pengetahuan serta kepakaran tokoh, di samping merangkakan aktiviti-aktiviti sokongan bagi tujuan menyemai semangat menghargai, mencintai dan kebanggan jati diri dalam kalangan penduduk Filipina.

Manakala, kerajaan Thailand pula, semenjak tahun 1985 telah memperkenalkan sambutan hari National Artist Day yang disambut meriah setiap 24hb Februari bagi merai dan meghargai semua penggiat serta pengamal sei tempatan. Hadiah Silapatharn turut dianugerahkan kepada tukang-tukang kraf dan seni yang cemerlang dan tersohor.

0 Komen:

Catat Ulasan