BENGKEL KRAF WARISAN SENI PERTUKANGAN PERAK

Bengkel Kraf Warisan Seni Pertukangan Perak 
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tempat : Institut Kraf Negara, Rawang
Tarikh : 6 Dan 7 Oktober 2012

Objektif : Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecintaan seni kraf warisan melalui pembelajaran bersama pakar-pakar kraf

UPCOMING EVENT..Bengkel Kraf Warisan Pertukangan Perak


PROGRAM KEMBARA KRAF WARISAN UKIRAN KAYU 2012

Bertarikh : 23 September 2012 hingga 27 September 2012
Tempat : Studio Tunjang Bakawali Sdn Bhd, Kampung Raja, Besut, Terengganu

Objektif Program Kembara :

  • Memberi pendedahan yang menyeluruh suasana bekerja dan berkarya dalam pencarian ilham, hasilan motif dan terus kepada penghasilan produk.
  • Mendapatkan input dari hasil diskusi oleh peserta-peserta yang berpengalaman dan mahir dalam bidang ukiran kayu.
  • Menjadikan peranan Adiguru Kraf lebih bermakna sebagai sumber rujuk dan perkembangan seni ukiran kayu tanah air.

JAMUAN RAYA BAHAGIAN PEMULIHARAAN BERSAMA BAHAGIAN USAHAWAN DAN RND

Berikut merupakan koleksi gambar-gambar semasa jamuan raya yang telah diadakan pada 14 September 2012 yang lalu di Panggung Sari, Kraftangan Malaysia

  

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN
  1. Penyertaan pertandingan ini terbuka secara percuma kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada tarikh tutup pertandingan ini.
  2. Tajuk : KRAF 1MALAYSIA - Jalinan Budaya Mengukuhkan Perpaduan, Meningkatkan Pendapatan atau Keunggulan Kraf Malaysia Menjana Ekonomi Dan Menjadi Lambang Budaya Bangsa.
  3. Setiap hasil karya perlu dikarang dalam Bahasa Melayu dan hendaklah merupakan hasil karya asli dan belum pernah diterbitkan. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal dengan sendirinya.
  4. Panjang esei mestilah di antara 2,500 hingga 3,000 patah perkataan dan ditaip menggunakan format Microsoft Words atau pdf.
  5. Esei hendaklah ditaip menggunakan saiz kertas A4 dalam jarak langkau dua (double spacing) dan menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (font 12.)
  6. Kesemua esei yang dihantar akan dinilai melalui beberapa kriteria seperti berikut : 
  • Penilaian Bahasa : Tatabahasa, Perbendaharaan Kata, Struktur Ayat
  • Penilaian Kandungan : Pendahuluan, Isi (pernyataan, huraian & contoh), Pertautan Isi, Penutup / kesimpulan
  1. Kraftangan Malaysia berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang menyertai pertandingan ini. 
  2. Pihak Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kelewatan dan kerosakan format esei yang dihantar.
  3. Setiap peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan dan esei yang dihantar mestilah disertakan bersama borang penyertaan. Borang dan syarat penyertaan boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang http://www.kraftangan.gov.my atau http://pemuliharaankraf.blogspot.com.
  4. Setiap esei dan borang penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada eseikraf2012@kraftangan.gov.my sebelum atau pada 5 Oktober 2012 sebelum jam 12.00 tengah malam.
  5. Sumber rujukan (bibliografi), bahan bacaan yang digunakan, jika ada  hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.
  6. Hadiah pertandingan :
  • Pertama : RM3,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Kedua : RM2,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Ketiga : RM1,000 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  • Saguhati (10) : RM200 + Sijil Penyertaan + Barangan Kraf
  1. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi talian 03-2162 7459 / 21627 533 sambungan 166 / 272 / 326 atau emel kepada eseikraf2012@kraftangan.gov.my.