PENDAFTARAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KELUARGA KRAFTANGAN






Penyertaan terbuka kepada anak-anak kakitangan di Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara sahaja. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan iaitu mewarna batik dan seramik di mana setiap penyertaan ini terhad kepada 50 peserta sahaja. Oleh yang demikian, keutamaan diberi kepada pendaftaran terawal.


Pendaftaran yang telah diisi sila kembalikan ke Bahagaian Pemuliharaan atau email kepada norhaizan@kraftangan.gov.my selewat-;ewatnya 23 Jun 2010. Untuk makluman, borang asal telah di email kepada semua kakitangan di Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara.

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA



MELINTANG
2. Bekas air yang bermuncung dan bertangkai biasanya dibuat daripada tembikar seperti logam atau perak
3. Bahan pewarna asli
4. Permainan dengan biji-bijian (seperti biji getah, biji saga dll) yang di taruh dalam lubang-lubang di tanah atau lubang-lubang pada kayu yang dibuat seperti sampan
7. Alat muzik yang berasal dari negara arab berupa seperti kecapi tetapi bertali enam
11. Gendang yang hanya sebelah saja dipasangi kulit
13. Orang asli
14. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak atau gangsa.
15. Senjata warisan
16. Seni lipat kertas
17. Tenunan wanita sarawak
18. Sejenis alat bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh

KE BAWAH
1. Orang yang memainkan watak wayang kulit
2. Benda yang hening seperti kaca, hablur
5. Pakaian tradisional
6. Gendang seperti rebana yang dipukul dengan sebelah tangan
8. Bahan asas dalam pembuatan wau
9. Jenis batik
10. Bahan anyaman
12. Dapur yang digunakan untuk mengeringkan dan membakar tembikar
13. .............dilakukan sebelum pembakaran labu sayong

Syarat-syarat penyertaan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Kraftangan Malaysia kecuali Bahagian Pemuliharaan
2. Penyertaan adalah individu

Syarat dan terma penyertaan

1. Borang penyertaan boleh diperolehi dari Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat
2. Peserta hendaklah mengisi semua jawapan dengan menggunakan borang asal
3. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
4. Semua keputusan adalah muktamad

Hadiah

~ Hadiah menarik dan misteri akan diberikan kepada pemenang utama, kedua dan ketiga ~
~ 20 peserta terawal menghantar borang jawapan akan diberi hadiah misteri ~
~ Hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan bulanan akan datang ~



Pertanyaan

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi Pn. Siti Nor Haizan Mohd Zaki dan Pn. Sarina Abdul Rahman, Bahagian Pemuliharaan di sambungan 272.


BATIK CETUS IDEA SENI VISUAL


"Selaras usaha meningkatkan daya produktiviti, penyertaan golongan pendidik dalam bengkel kraf batik dilihat sebagai pemangkin matlamat tersebut."



Sumber : Surat Khabar KOSMO

Tarikh : 1 Jun 2010

Pengarang : Mohd Yunus Yakkub