INTERAKTIf KRAF BUNGA TANGAN

Interaktif Kraf Bunga Tangan diadakan sebanyak 3 sesi dengan penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Interaktif ini hanya dilaksanakan pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Berikut merupakan aktiviti interaktif tersebut :

INTERAKTIF KRAF HIASAN KOLAM


Kolam / Rangoli (sebutan ‘Kohlam”) diperbuat daripada tepung beras, colored sand atau flower digunakan untuk menghasilkan kolam yang berwarna-warni. Tetapi pada zaman sekarang ada juga yang menggunakan serpihan-serpihan batu kecil dan juga menggunakan cat untuk kolam tahan lebih lama. Interaktif ini telah dilaksanakan sempena Promosi Kerja Kahwin yang telah diadakan pada 22 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012 yang lalu. Seramai 806 peserta telah menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada pengunjung Kompleks Kraf, pelancong luar, pelajar sekolah, NGO dan badan-badan beruniform.

INTERAKTIF KRAF DEKORASI POTPURRI


Interaktif Kraf Dekorasi Potpurri ini dapat membantu menjana pemikiran kreatif dalam menghasilkan dekorasi-dekorasi yang indah mengikut kretiviti dan kepakaran masing-masing. Interaktif ini telah dilaksanakan sempena Promosi Kerja Kahwin yang telah diadakan pada 22 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012 yang lalu. Seramai 827 peserta telah menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada pengunjung Kompleks Kraf, pelancong luar, pelajar sekolah, NGO dan badan-badan beruniform.