PEMENANG ESEI TEMPAT KETIGA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN MOHAMMAD SUFFIAN BIN FAUZI


TEMPAT KETIGA -

PEMENANG ESEI TEMPAT KEDUA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. IR MOHD HAZERI BIN HJ MOHD SHAMSI


TEMPAT KEDUA -

PEMENANG ESEI TEMPAT PERTAMA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. SYED MAHADHIR BIN SYED IBRAHIM


TEMPAT PERTAMA -

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERKAITAN SENI KRAF MALAYSIA SEMPENA KEMPEN PEMBUDAYAAN BAHASA KEBANGSAAN 2012 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Barisan Pemenang Pertandingan Menulis Esei Berkaitan Seni Kraf Malaysia

Barisan  Juri Professional

Pertandingan Menulis Esei Berkaitan Seni Kraf Malaysia ini merupakan salah satu aktiviti Kempen Pembudayaan Bahasa Kebangsaan 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Hebahan pertandingan ini telah dibuat melalui portal Kraftangan Malaysia dan blog Bahagian Pemuliharaan pada 5 September 2012. Selain itu, dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat, pertandingan ini telah diemelkan kepada warga kerja Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, jabatan dan agensi di bawah kementerian, institut pengajian tinggi dan swasta, saluran radio dan televisyen serta usahawan kraf. Pertandingan ini juga telah diiklankan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 September 2012. Pertandingan ini telah ditutup pada 5 Oktober 2012 yang lalu. 

Sejumlah 83 penyertaan dari seluruh negara telah diterima. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang peserta adalah kakitangan kerajaan, 12 orang kakitangan swasta, 24 orang pelajar dan 20 dari kategori lain-lain yang kebanyakannya merupakan penganggur, surirumah dan pesara. 

Menurut analisa, penyertaan tertinggi adalah dari negeri Selangor iaitu dengan 13 orang peserta, diikuti negeri Perak dan Johor yang masing-masing 9 orang peserta, 7 peserta dari Sabah, masing-masing 6 orang peserta dari Pahang dan Sarawak, masing-masing 5 orang peserta dari Terengganu dan Kedah, masing-masing 4 peserta dari W. P. Kuala Lumpur, W.P Putrajaya dan Kelantan, masing-masing 3 penyertaan dari Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing 2 penyertaan dari Perlis dan Pulau Pinang dan hanya 1 penyertaan dari W.P. Labuan. 

Seterusnya, bagi tujuan penilaian 2 kumpulan panel juri telah dilantik iaitu 4 orang Juri Dalaman dan 4 orang Juri Porfesional. 4 orang Juri professional menilai dari segi Isi Kandungan dan Bahasa, mereka terdiri daripada :

Bahasa
Dato’ Adilah bt. Shek Omar (Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak) 
Tn. Hj. Razali Che Mat (Dewan Bahasa dan Pustaka) 

Isi Kandungan
Prof. Madya Sulaiman Abd Ghani (Universiti Teknologi MARA) 
Pn. Rohana bt. Mustaffa (BERNAMA) 

Pengerusi 
Tuan Haji Ramli bin Mohd Nor (Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Kraftangan Malaysia)

Juri Profesional telah membuat penilaian ke atas 20 penyertaan yang disenarai pendek bagi memilih pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan 10 penerima hadiah saguhati. Senarai pemenang utama termasuk 10 penerima sagu hati.

Pemenang Tempat Pertama 
En Syed Mahadzir Bin Syed Ibrahim – Kakitangan Swasta 

Pemenang Tempat Kedua 
En Ir Mohd Hazeri  Bin Hj Mohd Shamsi – Jurutera Di Jabatan Kerja Raya (Jkr) 

Pemenang Tempat Ketiga
En Mohammad Suffian Bin Fauzi - Pelajar UIAM Semester 2 Fakulti Kejuruteraan

Penerima Saguhati
  1. Hanita Bt. Haji Hassan
  2. Solihin B. Abu Hassan
  3. Rohaya Bt. Muhd Zain
  4. Mohd Shahremy Ikmal B. Shahbudin
  5. Mohd Jamil B. Mohd Isa
  6. Noraini Bt. Othman
  7. Azril B. Jamal Ares
  8. Nurul Atiqah Bt. Ariffin
  9. Noorjamila Bt. Ali
  10. Nurhasnita Bt. Abdul Hamid

V.N RAMADAS, SIOW HO PHIEW DILANTIK ADIGURU KRAF

Sumber : Utusan Malaysia, 18 Disember 2012 Selasa

Tahniah Diucapkan...