BENGKEL KRAF WARISAN BATIK CANTING 2010





Anjuran : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur


Tarikh Bengkel : 22 Mei 2010





Pengenalan


Kegemilangan serta kehebatan sejarah perkembangan seni kraf negara ini perlu dihebahkan terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umumnya kerana seni warisan ini merupakan salah satu daripada teras dalam pembentukan tamadun sesebuah bangsa.Pebadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui program pendidikan kraf telah merancang aktiviti-aktiviti pendidikan yang bertujuan menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan pendidik. Melalui Bengkel Kraf Batik ini kumpulan sasar didedahkan mengenai sejarah, proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf warisan.

Peserta adalah dari kalangan guru-guru pendidikan seni visual sekolah menengah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bilangan penyertaan adalah seramai 35 orang yang dipilih dari sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Modul bagi Bengkel Kraf Batik adalah seperti berikut :

Taklimat Umum
a) Pengenalan kepada sistem pengeluaran dan teknik-teknik pembuatan batik
b) Sejarah perkembangan seni kraf tersebut.
c) Reka corak, fungsi dan kegunaannya dahulu dan sekarang.

Penerangan oleh fasilitator mengenai proses-proses :
a) Mengenali bahan-bahan
b) Proses dan teknik pembuatan
c) Cara-cara menghasilkan rekaan

Gerak Kerja Amali (Bengkel)
Peserta melaksanakan gerak kerja amali yang telah ditetapkan. Setiap peserta dikawal selia oleh tenaga pengajar yang telah dilantik. Peserta dikehendaki melukis, mencanting dan mewarna untuk menghasilkan produk batik. Disamping itu juga, terdapat demonstrasi dari tenaga pengajar berkenaan teknik-teknik tertentu dalam penghasilan produk batik.


Kesimpulan


Aktiviti Bengkel Kraf Batik dapat mengukuhkan penghayatan dan rasa cinta peserta terhadap seni kraf warisan yang menjadi lambang jati diri bangsa serta seterusnya dapat memulih dan memelihara seni kraf warisan daripada terus pupus serta dilupakan khususnya oleh generasi muda.

















AKAN DATANG.........Bengkel Kraf Batik Canting






Bengkel Kraf Batik Canting akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010 bersamaan hari sabtu. Bengkel ini melibatkan guru-guru seni visual dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman, bengkel ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Berikut merupakan objektif bengkel ini diadakan :



  • Memberi peluang kepada guru-guru mempelajari, mengalami dan menghayati sendiri kemahiran dalam bidang seni kraf batik.


  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru seni visual terhadap seni kraf batik.

Untuk pertanyaan dan mendaftar sebagai peserta bengkel (hanya guru-guru seni visual) boleh menghubungi pegawai yang terlibat :


Puan Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki


Tel : 03-21627459 / 7533 samb 272


Fax : 03-21612145






JUALAN BUKU : KOLEKSI BUSANA ANGGUN






Buku ini mengupas mengenai pakaian tradisional dan kontemporari dalam masyarakat dahulu dan kini. Pakaian adalah satu daripada perantara budaya yang mencerminkan peradaban sesebuah bangsa. Buku ini juga merakamkan sebahagian daripada rekaan eksklusif pereka Kraftangan Malaysia yang memadankan tekstil tempatan dengan rekaan baru.


Tahun : 2010


ISBN : 9789839196597


Harga Buku : RM110.00


Muka Surat : 143


Versi : Bahasa Melayu