INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU

JOHOR BAHARU : "Promosi Kraf Malaysia 2011" telah berlangsung pada 15/12/2011 hingga 25/12/2011 yang lalu. Terdapat pelbagai aktiviti jualan, persembahan, demonstrasi dan interaktif kraf telah diadakan pada masa itu. Bahagian Pemuliharaan telah terlibat dengan aktiviti pendidikan kraf mewarna batik dan anyaman rotan. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa aktiviti tersebut berlangsung.

Interaktif Mewarna Batik

Interaktif Menganyam Rotan

PEMENANG PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai “Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi” anjuran Bahagian Pemuliharaan.

Berikut merupakan nama pemenang dan saguhati untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan “Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi” Bahagian Pemuliharaan. Hadiah boleh dituntut mulai 30 Disember 2011 di Bahagian Pemuliharaan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Pertandingan iaitu Mohamad Arif Mustafa di sambungan 326.

Hadiah Pertama :
Rozianawati Binti Abdul Rahim
Bahagian Teknikal

Slogan :
Saya cintai Kraf Warisan kerana cantik, bermutu dan tiada tandingannya.

Hadiah Kedua :
Halimah Binti Ibrahim
Unit Kewangan

Slogan :
Saya cintai Kraf Warisan kerana kehalusan seninya yang sentiasa gah di mata dunia.

Hadiah Ketiga :
Mohd Johan Bin Kosnan
Unit Kewangan

Slogan:
Saya cintai Kraf Warisan kerana ia merupakan kraf yang penuh dengan seni yang unik.

Hadiah Saguhati :
1. Hamdan Ahmad (Unit Pembangunan)
2. Noorazwa Abd Azis (Bahagian Pasaran dan Promosi)
3. Siti Fatimah Zaharah Halim (Bahagian Usahawan)
4. Mohd Asri Abdullah (Bahagian Pasaran dan Promosi)
5. Sahazubir Idris (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
6. Siti Nurshahrul Sarom (Unit Kewangan)
7. Abd Aziz Hj Abd Razak (Unit Kewangan)
8. Mohd Ridzuan Ramli (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
9. Mohamad Rohaizam Mat Ali (Unit Pembangunan)
10. Zafika Abd Razak (Unit Pembangunan)
11. Hasimah Abdul Gani (Unit Kewangan)
12. Mohd Nizam Abu (Bahagian Usahawan)
13. Amirah Saryati Chuari (Unit Pengurusan Sumber Manusia)
14. Noor Hapizah Abdullah (Unit Perolehan)
15. Irfan Haziq Shaari (Unit Pembangunan)
16. Mahizan Hashim (Bahagian Pasaran dan Promosi)
17. Herman Husin (Unit Pembangunan)
18. Nor Adelin Razeri Abd Rashid (Unit Pembangunan)
19. Suzana Harun (Unit Pembangunan)
20. Norhaliza Hashim (Unit Pembangunan)
21. Norhakimah Muder (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
22. Mohd Shafiq Khairi (Bahagian Audit Dalam)
23. Mohd Nabil Fikry Busra (Bahagian Audit Dalam)
24. Ross Edayu Ramli (Bahagian Audit Dalam)
25. Fikri Mohd Rashid (Bahagian Audit Dalam)
26. Asmah Awang (Bahagian Strategik Korporat)
27. Azly Razlan (Unit Pembangunan)

JAWAPAN PERTANDINGAN PERKATAAN TERSEMBUNYI

Jawapan Perkataan Tersembunyi

MAJLIS “AN ENCHANTING BATIK EVENING” MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011

  Interaktif Mewarna Batik

Miss Tourism International diperkenalkan pada tahun 1994 dan tahun 2011 merupakan penganjuran kali yang ke 15. Pada 22 Disember 2011 (Khamis), Miss Tourism International ini telah dilaksanakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Peserta Miss Tourism International adalah seramai 54 orang iaitu mewakili 54 negara. An Enchanting Batik Evening berkonsepkan santai di mana Peserta Miss Tourism International 2011 akan memperagakan pakaian batik buatan Malaysia yang dihasilkan oleh Pereka-pereka Fesyen tempatan. Bersempena dengan kunjungan tersebut, terdapat beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu lawatan, demonstrasi dan interaktif kraf dan pada sebelah malamnya peragaan fesyen An Enchanting Batik Evening.

MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2011 (UKIRAN HALUS, PERTUKANGAN PERAK DAN BLOK BATIK)

Majlis Menandatangani Perjanjian
Majlis Menandatangani Watikah Pelantikan Adiguru Kraf
Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf

KOTA BHARU 18 Dis. - Seramai 38 tukang kraf daripada pelbagai bidang telah dilantik sebagai 'Adiguru' semenjak 'Skim Adiguru Kraf' diperkenalkan oleh kerajaa pada 1987 dalam usaha memelihara dan mengembangkan seni kemahiran serta pertukangan kraf tradisional negara.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, setiap Adiguru Kraf yang dilantik untuk tempoh lima tahun akan menerima wang ganjaran sebanyak RM2,000.00 sebagai sagu hati dan bayaran elaun bulanan sebanyak RM500.00. 

Beliau berkata, sepanjang tempoh lantikan itu juga, seorang Adiguru Kraf layak menerima kemudahan perubatan kelas pertama di mana-mana hospital kerajaan. 

"Bagi mencapai objektif Skim Adiguru Kraf, beberapa pengisian program dan aktiviti telah direncanakan, antaranya penyelidikan, dokumentasi, penerbitan dan pameran mengenai seni kemahiran pertukangan seseorang Adiguru Kraf," katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada majlis menandatangani dan penyerahan watikah Adiguru Kraf 2011 kepada tiga tukang kraf iaitu tukang logam perak, Mohamed @ Mohd. Daud Yusof; tukang blok batik, Md. Ghani Mat dan tukang ukiran halus, Norhaiza Noordin di dewan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan di sini.

Turut hadir, Pengarah Kraftangan Negeri Kelantan, Mohd Razis Md. Said dan Pengarah Kraftangan Terengganu, Khairul Hafizi Naharuddin.

Mohd. Kamil berkata, pada tahun ini, Kraftangan Malaysia telah melantik empat orang Adiguru dalam empat bidang kraf iaitu anyaman rotan, pertukagan blok batik, perak dan ukiran halus.

"Buat julung-julung kalinya pelantikan Adiguru Kraf aka dipantau dan dinilai melalui kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agar ia memberi manfaat dan impak lebih berkesan dalam pembangunan industri kraf negara," katanya.

Beliau berkata, khidmat seorang Adiguru Kraf akan dipraktikkan sebagai pakar rujuk, pembimbing serta tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dalam menurunkan ilmu, pengalaman dan kepakaran untuk kumpulan pelapis melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Gelaran Adiguru dianugerahkan kepada usahawa kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan besar dalam membangun serta mengembangkan seni kraf negara.

Penghormatan dan pengiktirafan oleh kerajaa itu merupakan anugerah tertinggi kepada seseorang tokoh kraf.

MAJLIS MENANDATANGANI & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2011

ALOR GAJAH, 08 DISEMBER 2011 – Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf Anyaman Rotan 2011 kepada Encik Ishak bin Kassim yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan dan Puan Aididah Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Untuk makluman, Skim Adiguru Kraf telah dilaksanakan sejak tahun 1987 bertujuan untuk  memulih dan memelihara seni kemahiran tradisi supaya ianya berkekalan sebagai warisan yang menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat Malaysia. Di bawah Skim ini, tokoh-tokoh atau pengamal seni kraf yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara akan diberi pengiktirafan.

Majlis menandatangai perjanjian dan watikah pelantikan

Aktiviti sepanjang majlis berlangsung

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2011-PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU

HADIAH BLOG TERBAIK - BAHAGIAN PEMULIHARAAN