PRE-SHOOT RAYA 20011

image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name

SEJARAH PEMBUATAN PERMAIDANI DUNIA ISLAM

Sumber : Utusan Malaysia, 19 ogos 2011, Jumaat, M/s-32 Mega Mode

SAMPING SONGKET UNTUK SI JEJAKA SAMBUT LEBARAN

Sumber : Utusan Malaysia, 19 ogos 2011, Jumaat, M/s-10 Mega Mode

PM PILIH PAKAIAN RASMI HARI KEMERDEKAAN

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin mendengar penerangan Rais yatim mengenai baju rasmi menteri Kabinet pada Hari Kemerdekaan di Bagunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
Sumber : Utusan Malaysia, 18 ogos 2011, Khamis, M/s-4

PUTRAJAYA 17 Ogos - Datuk Seri Najib Razak hari ini telah memilih sepasang pakaian rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 yang ditunda ke tarikh 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia, tahun ini.

        Pakaian yang dipilih itu, masing-masing satu bagi pakaian lelaki dan wanita, adalah daripada tiga rekaan pakaian lelaki dan wanita oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini.

        Antara yang turut menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beberapa anggota jemaah menteri dan Ketua Setiausaha negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

        Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata, Perdana Menteri tertarik dengan ketiga-tiga corak rekaan berkenaan yang menggabungkan warna asas negara iaitu merah, putih dan biru, cuma ia perlu disesuaikan dengan suasana sambutan hari bersejarah itu.

        Beliau berharap pakaian yang dipakai oleh jemaah menteri itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya selepas 16 September kelak. - BERNAMA

BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Tajuk Buku : 101 Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar
Penulis Buku : Dato' Siti Nor Bahyah Mohamood, Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar

Buku  101 Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar mejadi modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak membaca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adap harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamalkan.

BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Tajuk Buku : Rahsia Minda Hebat
Penulis Buku : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria

Buku RAHSIA MINDA HEBAT memberikan anda panduan yang amat praktikal melalui tip-tip, fakta, penerangan yang jelas dalam membentuk minda yag cergas dan hebat untuk anda sekeluarga.

BUKU BARU DI PERPUSTAKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Tajuk Buku : MAK, ABAH... REDAILAH ANAKMU
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood, Fatimah Syarha Mohd. Noordin, Ida Ezyani Othman

Buku MAK, ABAH... REDAILAH ANAKMU ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung. kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak. selanjutnya manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni da disayangi. jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh.
Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubugan erat di antara anak dengan ibu bapa. disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.

SOLAT SUNAT TARAWIH

SOLAT SUNAT TARAWIH | Latar Belakang Solat Sunat Tarawih ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

SUMBER :Wikipedia.Org

INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2011

Interaktif Anyam Ketupat
"Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi atau pulut yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya."

Interaktif Kukur Kelapa
"Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur atau mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Biasanya kukuran terdapat dalam bentuk Kukur Duduk, Kukur Kotak dan Kukur Silang."

Interaktif Kraf ini diadakan sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2011 yang berlangsung pada 21 Julai 2011 hingga 29 Julai 2011 yang lalu. Sepanjang aktiviti ini berlangsung terdapat ramai pengunjung yang teruja untuk belajar menganyam ketupat dan kukur kelapa cara tradisional ini.

CARA-CARA MENGUKUR KELAPA

image nameimage nameimage name
image nameimage name
image nameimage name

CARA-CARA MENGANYAM KETUPAT KATAK @ PARI

image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage name

CARA-CARA MENGANYAM KETUPAT SATE

image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image nameimage nameimage name
image name