Objektif & Strategi PK

Objektif

Memulih dan memelihara perkembangan dan kemajuan kraf tempatan melalui pengumpulan, kajian dan merekod segala sumber yang berkaitan dengan khazanah kraf Malaysia supaya menjadi bahan rujukan utama dan seterusnya dapat mendidik masyarakat menghayati dan mencintai seni kraf warisan.

Strategi
  • Mengumpul khazanah dan koleksi kraf warisan tempatan yang berkaitan dengan latar budaya dan kehidupan sesebuah masyarakat di negara ini.
  • Melakukan aktiviti baik pulih dan menghasilkan semula (re-pro) produk kraf tempatan dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf negara.
  • Membuat kajian dan penyelidikan serta merekod segala aspek seperti sejarah, asal usul, ragam hias, reka bentuk, teknik, proses pembuatan serta kegunaan produk kraf warisan yang mencakupi seni kraf masyarakat etnik yang terdapat di Malaysia.
  • Mengumpul dan menyediakan bahan penerbitan dalam bentuk bercetak dan elektronik untuk penyebaran informasi bagi mengenal seni kraf warisan.
  • Mengenalpasti dan memberi pengiktirafan kepada tokoh–tokoh kraf negara ini yang banyak menyumbang jasa dalam usaha membangun dan mengekalkan seni kraf warisan.
  • Menganjurkan pendidikan kraf yang merangkumi aktiviti interaktif, bengkel, forum, seminar serta kembara kraf bagi memberi peluang kepada kumpulan sasar melihat, mempelajari dan mengalami sendiri situasi sebenar seni warisan kraf.
  • Melaksanakan pameran kraf warisan berkonsepkan pameran bertema, pameran tetap dan galeri warisan yang bertujuan membantu penyebaran maklumat kraf dalam usaha mewujudkan kesedaran masyarakat supaya menghargai dan mencintai kraf tempatan.