INTERAKTIF KRAF DI WANGSA WALK MALL


Interaktif kraf seramik telah diadakan sempena Promosi Kraf Malaysia di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur dari 2 hingga 11 Julai 2010. Interaktif ini hanya diadakan selama dua hari pada 10 dan 11 Julai 2010 dari jam 12.30 tengahari hingga 4.30 petang. Seramai 40 penyertaan telah terlibat dengan interaktif kraf seramik tersebut.

BENGKEL SENI TEKAT WARISAN TRADISI ILMU


Bengkel Seni Tekat Warisan Tradisi Ilmu adalah anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), telah diadakan pada 7 hingga 8 Julai di Dewan Raja Lumu Muzium Sultan Selangor Alam Shah, Shah Alam.



Tekat merupakan antara jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat juga disebut "Sulaman Timbul" atau "Suji Timbul". Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya.



Justeru, sebagai satu agensi yang memulihara khazanah kesenian islam dan menghidupkan warisan tradisi ilmu, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula kesenian seni tekat agar dapat dipelajari oleh semua golongan termasukklan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.



Objektif Bengkel Seni Tekat ini ialah :



  1. Memulihara kesenian sulaman pada tekstil melayu lama


  2. Melahirkan generasi baru yang dapat menyulam seni sulaman tekat


  3. Menghasilkan produk-produk yang mempunyai nilai kesenian yang tinggi


  4. Dapat memberi pelbagai maklumat, idea dan kreativiti kepada peserta mengenai keindahan busana warisan silam

INTERAKTIF KRAF BATIK DAN SERAMIK SEMPENA HARI KELUARGA PKKM






Pada 3 Julai 2010 yang lepas, telah berlangsung Hari Keluarga PKKM Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara. Aktiviti di hari keluarga tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti pendidikan kraf untuk anak-anak kakitangan PKKM untuk mewarna batik dan seramik.