ACARA PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN PERKATAAN TERSEMBUNYI


Pemenang Hadiah Misteri : Penghargaan yang diberikan kepada peserta yang komited untuk mendapatkan jawapan pertandingan dengan memasuki Muzium Kraf Kuala Lumpur


JAWAPAN PERTANDINGAN PERKATAAN TERSEMBUNYI

Jawapan Pertandingan Perkataan Tersembunyi

PEMENANG PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Berikut merupakan nama pemenang dan saguhati untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Bahagian Pemuliharaan. Hadiah boleh dituntut mulai 21 Oktober 2011 di Bahagian Pemuliharaan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Pertandingan iaitu Mohamad Arif Mustafa di sambungan 314.

Hadiah Pertama :
Fahazanie Sandy Bin Halim
Bahagian Usahawan

Hadiah Kedua :
Rozianawati Binti Abd. Rahim
Bahagian Teknikal

Hadiah Ketiga :
Masnainiza Binti Muhamad
Bahagian Usahawan

Hadiah Saguhati :
1. Mahizan Binti Hashim (Bahagian Pasaran dan Promosi)
2. Herman Bin Husin (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
3. Zafika Abd Razak (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
4. Suzana Binti Harun (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
5. Hamdan Bin Ahmad (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
6. Norhaliza Binti Hashim (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
7. Zafika Binti Abdul Razak (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
8. Azly Bin Razlan (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
9. Nor Adelin Razeri Binti Abdul Rashid (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
10. Mohd Zuber bin Othman (Bahagian Kewangan dan Pembangunan)
11. Noorazwa Binti Abd Aziz (Bahagian Pasaran dan Promosi)

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA PENGARAH PEMULIHARAAN






Asap Api Embun Berderai
Patah Galah Haluan Berlalu
Niat Hati Tak Mahu Bercerai
Kehendak Allah Siapa yang Tahu....















Gunung Pantai Tinggi Merawan
Nampak Dari Padang Temu
Buah Hati Tinggallah Tuan
Ada Jodoh Kita Bertemu
















Hujan Turun Badan Pun Basah
Batang Galah Haluan Perahu
Niat Di hati Tak Mahu Berpisah
Kehendak Allah Siapa Yang Tahu











Buah Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Ditapak Tangan
Walau Jauh Di Negeri Satu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan



BUKU BARU : RUPA DAN JIWA

Pengarang : Syed Ahmad Jamal
Tajuk : Rupa dan Jiwa
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun : 2010
ISBN : 9789836220165

Buku Rupa & Jiwa memaparkan maklumat berkaitan tradisi dan budaya masyarakat Melayu dari segi nilai kebudayaan dan produk kraf yang dihasilkan. Pelbagai unsur tradisi diterapkan dalam penghasilan sesuatu seni kraf agar memberi maksud yang jelas kepada masyarakat.

LAPORAN TAHUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) 2007

Tajuk : Laporan Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2007
Penerbit : Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia
Tahun : 2007
ISBN : 18238734

Laporan Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2007 memberikan maklumat yang  mendalam mengenai perkembangan ekonomi bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Ia turut menerangkan perubahan perniagaan persekitaran yang mempengaruhi PKS. Pelan strategik kerajaan turut dibentangkan dalam menjayakan PKS untuk menjadi lebih produktif dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

BUKU “PRECIOUS METAL CLAY”

Pengarang  : Xuella Arnold
Tajuk : Precious Metal Clay
Penerbit : New York : St. Martin’s Griffin
Tahun : 2008
ISBN : 0312382324

Buku “Precious Metal Clay” memaparkan maklumat mengenai 25 rekaan kreatif berkaitan aksesori barang kemas dan cenderamata. Ia mengandungi maklumat berkaitan percampuran pelbagai unsur bahan seperti batu pemata, seramik dan emas dalam penciptaan aksesori barang kemas. Langkah serta teknik dalam rekaan aksesori barang kemas dan cenderamata diterangkan dengan jelas dan pelbagai projek yang terdapat dalam buku ini adalah untuk memberi inspirasi kepada para pengiat seni.

BATIK TRANSITIONS : FROM CLASSIC

Tajuk : Batik Transitions : From Classic
To Contemporary
Penerbit : The Batik Guild
Tahun : 2006
ISBN : 9780955381706

Buku “Batik Transitions; From Classic To Contemporary” memuatkan maklumat berkaitan dunia batik di negara Indonesia, China dan Afrika. Ia turut menerangkan secara terperinci tentang tempat di mana batik dihasilkan seperti di Australia, Sri Lanka dan Malaysia.

BUKU “THE ART OF BATIK : INFORMATION PACK”


Tajuk : The Art Of Batik : Information Pack
Penerbit : The Batik Guild
Tahun : 1999

Buku “The Art Of Batik : Information Pack” mengandungi maklumat berkaitan peralatan dan bahan membuat batik, teknik tradisional membuat batik, teknik batik moden, latihan bengkel, sejarah batik, pengajar batik dan pembekal batik.  

BUKU BARU : ORIENTAL SILVERWORK MALAY AND CHINESE

Pengarang : H. Ling Roth
Tajuk : Oriental Silverwork Malay and Chinese
Penerbit : Kuala Lumpur : Oxford University Press
Tahun : 1993
ISBN : 0195886054

Buku “Oriental Silverwork Malay and Chinese” mengandungi maklumat mengenai perbezaan tradisi pertukangan perak  oleh tukang perak Melayu dan Cina. Buku ini turut memaparkan 250 contoh pertukangan perak yang dihasilkan oleh tukang perak Melayu dan Cina yang amat berkualiti dan jarang di temui pada hari ini.

BUKU “INTERIOR DESIGN ILLUSTRATED”


Buku “Interior Design Illustrated ” memaparkan informasi yang menyeluruh berkaitan rekaan dalaman. Ia turut memuatkan maklumat terkini berkaitan susun atur perabot, pencahayaan, pengstrukturan ruang dalaman dalam tiga dimensi dan elemen asas rekaan visual yang diterapkan dalam rekaan dalaman. Selain itu, ia turut memberi penerangan berkaitan faktor kesihatan alam sekitar, keselesaan dan keselamatan dalam rekaan ruang dalaman.



Pengarang : Francis D.K. Ching & Corky Binggeli                  
Tajuk : Interior Design Illustrated
Penerbit : New Jersey : John Wiley & Sons,
Tahun : 2005
ISBN : 0471473766

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSIAPAN PROMOSI KRAF MALAYSIA PERIGKAT ZO SELATAN PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU




BUKU BARU : TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Melalui buku ini, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menceritakan pelbagai peristiwa peting pada era kebangkitan semangat nasionalisme, kejatuhan imperialisme dan perkembangan yang berlaku di Asia Tenggara suatu ketika dulu. melalui pemerhatian tajam beliau, tunku merakamkan di dalam buku ini perkembangan ideologi komunis dan kerjasama antara pelbagai agama, termasuk islam, Kristian, Hindu dan Buddha dalam perjuangan menentang semangat kebendaan.

Sebagai peguam, diplomat, Perdana Menteri dan insan yang dilahirkan sebagai pemimpin, Tuanku menyatakan dengan penuh ikhlas dan jujur pendapat beliau tentang tokoh-tokoh yang sezama dengan beliau dari Timur dan Barat  serta pengalaman yang beliau lalui dalam usaha membina negara ini dan dalam memupuk semangat setiakawan dan keamanan antara manusia dan negara di seluruh duia.

sebagai tokoh yang pernah menjadi Bapa Malaya dan kemudian Bapa Malaysia serta pengasas ASA (kini ASEAN), tidak ramai tokoh seperti Tunku di rantau ini yang memiliki ketajaman akal dan kefahaman mendalam tentang kuasa dan pengaruh yang mencorakkan masa depan rantau Asia Tenggara - sebuah rantau penting yang kini menjadi perintis dan pencorak perkembangan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

HARI KELAHIRAN DAN KESYUKURAN WARGA MUZIUM KRAF KL

Pada hari Jumaat (30 September 2011) yang lepas Warga Muzium Kraf KL telah mengadakan Majlis menyambut Hari Kelahiran dan Kesyukuran.