TERIMA KASIH SEGALANYA EN ZAINAL ABIDIN CHE PA

Bertemu & perpisahanan
Adat Manusia Biasa,
Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi
Jika salah dan silap harap dimaafkan.
Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan.

Bertemu & perpisahanan
Adat Manusia Biasa,
Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi...

Good Luck for you Boss
Jangan lupakan kami disini.....:)





PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK MALAYSIA

PERTANDINGAN CONGKAK.pdf

SAMBUTAN HARI JADI BOS DAN ANGGOTA KERJA PEMULIHARAAN KRAF

Selamat Hari Lahir Boss (Encik Zainal Abidin Che Pa)

Selamat Hari Lahir Encik Norazmi Ismail

Selamat Hari Lahir Encik Rosli Talikun

Selamat Hari Lahir Hajah Raudzah Mohd Said

Selamat Hari Lahir Noraini Masnan

Selamat Hari Lahir Siti Khadijah Ibrahim@Ramli

Selamat Hari Lahir Muhammad Kamal Sharif

Selamat Hari Lahir Noor Rafiza Ahmad

Selamat Hari Lahir Nurul Hadi Abu Talib

MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA KERJA BAHAGIAN PEMULIHARAAN - PN NORIZAN BINTI LOB


Pn. Norizan sedang memberikan ucapan kepada semua
Pn. Norizan mula bertugas di Cawangan Kedah pada 1 September 2014

 ~Penyerahan cenderahari dari kami warga Pemuliharaan~

~Bergambar bersama semua staff pemuliharaan~

~Jamuan Makan~


MAKLUMAN : PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2014 iaitu pada 30 Jun 2014 telah dilanjutkan sehinggan 10 Julai 2014 (Khamis). Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan/encik/cik masih berpeluang menghantar esei sehingga 10 Julai 2014 (Sebelum jam 12 malam)

-- PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA 2014

1st CEREMONY TO COMMEMORATION OF ASIAN HUMAN LIVING TREASURES

Program : 1st Ceremony To Commemoration Of Asian Human Living Treasures


Objektif : Memberi penghormatan dan penghargaan kepada tokoh-tokoh Seni Pertukangan Kraf / WarisanOrang Hidup dari kalangan 32 ahli negara anggota "Asian Cooperative Dialogue" (ACD).

Penganjur : National Commision For Culture and The Arts (NCCA), Philippines

Tarikh : 20 hingga 21 mei 2014

Tempat : Manila Hotel, One Rizal Park, 01913 Manila, Philippines

Sumbangan KPK kepada program :
Peyertaan 2 orang peserta iaitu seorang Master Craftsmen / Awardee dan seorang pegawai pengiring selaku wakil pihak kerajaan Malaysia, merangkap jurubahasa bagi pihak Master Craftman, Nik Rahimah Nik Idris, tokoh Adiguru Kraf Sulaman Kelingkam, untuk sama-sama menjayakan program di peringkat antarabangsa ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan maklumat dari segi kesenian dan kemahiran seni pertukangan kraf tradisional dari Malaysia, serta pameran produk kraf secara langsung juga dapat memberikan gambaran sebenar tentang keunikan produk, kekayaan budaya serta kemahiran kerja tangan tukang kraf dari Malaysia.

Manfaat kepada KPK/Jabatan/Agensi/Bahagian :
Dapat menjalin kerjasama dengan perwakilan dari negara-negara peserta, khususnya peserta dari negara ASEAN yang mempunyai dan melaksanakan program-program pemuliharaan dan pemeliharaan kraf warisan yang hampir sama dengan Malaysia.

Cadangan kesuaian pelaksanaan program ini di Malaysia:
Program ini mempunyai persamaan dengan program sedia ada di Kraftangan Malaysia iaitu pengiktirafan tokoh (Adiguru Kraf dan Tokoh Kraf Negara), tetapi kaedah pelaksanaan adalah di peringkat Antarabangsa yang lebih tinggi. Kaedah dan cara pelaksanaan program seperti acara persembahan, pameran produk-produk Master Craftman, sesi persidangan dan percambahan idea serta garis panduan dan rujukan untuk percanggahan dan pelaksanaan program yang seumpamanya di Kraftangan Malaysia kelak.

Pihak kerajaan Filipina, pada april 1992 telah mewarta dan memperkenalkan pengiktirafan anugerah tertinggi Gawad sa Manlilikha ng Bayan, iaitu satu program mencari dan mengenalpasti penggiat-penggiat seni tradisional yang terbaik dan merangka pelaksanaan aktiviti untuk memulihara warisan seni secara menurunkan ilmu pengetahuan serta kepakaran tokoh, di samping merangkakan aktiviti-aktiviti sokongan bagi tujuan menyemai semangat menghargai, mencintai dan kebanggan jati diri dalam kalangan penduduk Filipina.

Manakala, kerajaan Thailand pula, semenjak tahun 1985 telah memperkenalkan sambutan hari National Artist Day yang disambut meriah setiap 24hb Februari bagi merai dan meghargai semua penggiat serta pengamal sei tempatan. Hadiah Silapatharn turut dianugerahkan kepada tukang-tukang kraf dan seni yang cemerlang dan tersohor.

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN HARI JADI ANGGOTA KERJA BAHAGIAN PEMULIHARAAN


Semua staf Bahagian Pemuliharaan berkumpul sempena Majlis Perpisahan Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Daud dan Jamuan Hari Jadi anggota kerja Bahagian Pemuliharaan

Cenderahati dari kami untuk Mohd Suhaimi bin Mohd Daud

Anggota kerja yang menyambut Hari Lahir dari Januari hingga Mei 2014

Sebahagian menu sepanjang majlis tersebut

UCAPAN TAKZIAH : MADAM LIM SWEE KIM

Takziah diucapkan kepada keluarga Mendiang Madam Lim Swee Kim, Adiguru Kraf Sulaman Nyonya yang telah meninggal dunia pada 6 April 2014 (Ahad) yang lalu pada umur 81 tahun. Mendiang Madam Kim telah dilantik menjadi Adiguru Kraf pada tahun 2006. Untuk melihat maklumat berkaitan beliau boleh klik di sini.


UCAPAN TAKZIAH : ADIGURU PION ANAK BUMBONG

Takziah kepada keluarga usahawan kraf Encik Pion Anak Bumbong (Pak Pion) yang telah meninggal dunia pada 10 Mei 2014 (Sabtu) di Kampung Sungai Bumbu, Pulau Carey, Selangor. Beliau merupakan Adiguru Kraf (Orag Asli Mah Meri) dari Pulau Carey dan amat terkenal dengan ukiran patungnya. Beliau dilantik menjadi Adiguru Kraf pada tahun 2006. Maklumat berkaitan Adiguru ini boleh diperolehi di sini.



PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA 2014


BORANG PENYERTAAN.pdf