PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PUSAT MEMBELI BELAH













Berikut merupakan aktiviti interaktif kraf sempena Promosi Kraf Malaysia yang telah diadakan di AEON Jusco Bukit Raja, Klang dan Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. Interaktif Kraf ini meliputi aktiviti mewarna batik dan seramik. Seramai 240 orang peserta telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan pada 26, 27 Mac 2011 dan 2, 3 April 2011.

SESI PEMILIHAN PESERTA SUKAN UNTUK ZON TENGAH KEJOHANAN SUKAN SEMPENA PERAYAAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI SEMBILAN 2011

Pemilihan ini dilakukan di Pusat Bowling Plaza Alam Centre Shah Alam Pada 20 Mac 2011 (Sabtu) pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2011

Program pendidikan kraf ialah satu cara penyebaran maklumat, memupuk semangat cintakan kraf tempatan, menyalurkan kemahiran asas berkaitan proses pembuatan kraf dan mengekal serta memulihara kraf warisan agar dapat difahami dan dihayati oleh generasi muda. Ianya juga menjadi landasan utama dalam usaha mendidik dan mendekatkan masyarakat kepada seni warisan bangsa. Terdapat 4 aktiviti interaktif yang dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

Interaktif Kraf Seni Anyaman Rotan

Interaktif Kraf Anyaman Rotan melibatkan aktiviti seperti membuat bakul dan rama-rama kecil. Juru tunjuk mengajar cara menganyam bermula dari tapak, badan dan penutup apabila menyiapkan sebuah bakul.

Interaktif Kraf Seramik

Interaktif kraf seramik mengajar cara menghasilkan produk menggunakan teknik throwing, lilitan dan picit-cubit.

Interaktif Kraf Ukiran Kayu

Interaktif Kraf Ukiran Kayu mengajar cara-cara untuk menghasilkan produk menggunakan teknik ukiran tebuk tembus, ukiran timbul dan ukiran layang.

Interaktif Kraf Seni Anyaman Origami Orang Asli

Interaktif Kraf Seni Origami Orang Asli adalah gubahan dan anyaman (origami) daun dan pucuk nipah. Pelbagai seni lipata origami yang diajar seperti tali denan, tali angi, keris, bunga serai, udang, burung, selimpang dan sebagainya.