PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


BENGKEL KRAF WARISAN SENI UKIRAN KAYU

Proses Pendaftaran
Barisan Penceramah
Barisan Urusetia

Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu merupakan aktiviti di bawah Pendidikan Kraf yang bertujuan mendidik masyarakat dalam menghayati dan mencintai seni warisan kraf. Program bengkel ini juga telah di ambil kira sebagai Program Pembudayaan Bahasa peringkat Kraftangan Malaysia yang telah didaftarkan di dalam takwim program tersebut anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Peserta bagi program Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu ini adalah di kalangan pendidik, penggiat seni, pelajar dari institut pengajian tinggi dan pegawai dari agensi berkaitan yang akan didedahkan mengenai ragam hias, bentuk dan cabaran yang dihadapi oleh penggiat seni kraf ukiran kayu.

Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu ini telah diadakan pada 12 November 2011 (Sabtu) bertempat di Institut Kraf Negara bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-10 IKN. Bengkel ini telah dihadiri seramai 122 orang peserta yang terdiri daripada guru seni visual, pelajar peringkat menengah, arkitek, pereka, penyelidik, IPT, usahawan kraf dan pengajar serta penuntut IKN.

Bengkel Kraf Warisan Seni Ukiran Kayu ini telah melibatkan khidmat penceramah yang terdiri daripada tokoh-tokoh seni ukiran kayu berpengalaman dari Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Mustafa Wan Su (Adiguru Kraf Ukiran Kayu) dan Encik Norhaiza Nordin (Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia.

ROMBAKAN TEMPAT BAHAGIAN PEMULIHARAAN

 Gambar di atas merupakan proses kerja rombakan tempat kakitangan di Bahagian Pemuliharaan.