INTERAKTIF ANYAMAN KETUPAT

INTERAKTIF SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI 2012
01 Ogos hingga 12 Ogos 2012

Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi atau pulut yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad. 


Pertandingan Menganyam Ketupat telah dibuat pada hari Sabtu dan Ahad (4, 5 dan 11 hb Ogos 2012). Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Promosi dan mendapat kerjasama dari Bahagian Pemuliharaan sebagai jurutunjuk dan pengadil untuk pertandingan tersebut. Seramai 15 orang peserta telah menyertai setiap pertandingan yang telah diadakan.

INTERAKTIF MEMBUAT KAD AIDILFITRI KALIGRAFI

Kad raya satu budaya nostalgia yang kini kurang digunakan lagi kerana perkembangan teknologi yang makin pesat membangun. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir daripada kita masih menggunakan kad raya sebagai medium perhubungan dikala raya menjelma tiba. Kaligrafi disematkan dalam hiasan kad raya sebagai salah satu medium kebudayaan, warisan dan seni untuk dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
INTERAKTIF SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI 2012
01 Ogos hingga 12 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN 2012