INTERAKTIF KRAF MEWARNA BATIK CANTING BERSAMA MISS TOURISM

Mewarna Batik Canting
Tarikh : 20 Disember 2013
Masa : 4.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur

INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA PERIGKAT ZON SELATAN DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU

Interaktif Kraf Mewarna Tempurung. 
Tarikh : 13 Disember 2013 hingga  25 Disember 2013
Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2013

Kota Bharu, 18 NOVEMBER 2013 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangan Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Razis Bin Md Said, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf Sulaman Kelingkam dari Negeri Kelantan diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Nik Rahimah Binti Nik Idris. Beliau merupakan seorang usahawan kraf dari Kubang Pasu, Kota Bharu yang sudah 57 tahun bergiat aktif dalam Sulaman Kelingkam.

Bagi tahun 2013, seramai 3 orang usahawan kraf akan dilantik sebagai Adiguru Kraf, di mana pada 4 November 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Pelantikan Adiguru Kraf Tembikar (Labu Sayong) di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Manakala satu lagi majlis pelantikan Adiguru Kraf Pembuatan Bot Tradisional telah diadakan pada 12 November 2013 di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Ketiga-tiga Perlantikan Adiguru Kraf ini akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 - 31 Disember 2018.
  
Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.

Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan menjadi sebagai pakar rujuk, tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman dan kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.


Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan menerima ganjaran berbentuk watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan.
Proses Menandatangan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf
Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf
Sidang Media bersama Adiguru Kraf
Demonstrasi Sulaman Kelingkam oleh Adiguru Kraf

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2013

KUALA TERENGGANU, 12 NOVEMBER 2013 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangan Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dan Encik Zainal Abidin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf pembuatan bot tradisional dari Negeri Terengganu diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Encik Hasni bin Ali. Beliau merupakan seorang usahawan kraf dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu yang sudah 25 tahun bergiat aktif dalam pembuatan bot tradisional.

Bagi tahun 2013, seramai 3 orang usahawan kraf akan dilantik sebagai Adiguru Kraf, di mana pada 4 ovember 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Pelantikan Adiguru Kraf Tembikar (Labu Sayong) di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Manakala satu lagi majlis pelantikan Adiguru Kraf Sulaman Kelingkam akan menyusul di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Ketiga-tiga Perlantikan Adiguru Kraf ini akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 - 31 Disember 2018.

Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.

Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan menjadi sebagai pakar rujuk, tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman dan kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.


Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan menerima ganjaran berbentuk watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan.

Proses Menandatangan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf
Penyerahan Watikah Pelantikan dan Wang Ganjaran
Ditemuramah oleh Wakil Media

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2013

ENGGOR, 4 NOVEMBER 2013 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2013. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak.

Terdahulu menyambut kehadiran tetamu kehormat ialah Encik Mohd Noor Effendy Abdul Karim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak dan Encik Zainal Abidin bin Che Pa, Pengarah Bahagian Pemuliharaan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat).

Pada majlis ini, seorang usahawan kraf tembikar labu sayong dari Negeri Perak diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2013 iaitu Encik Zulkafly bin Pandak Bedin. Beliau merupakan seorang usahawan kraf dari Kampung Kepala Bendang, Sayong yang sudah 39 tahun bergiat aktif dalam perusahaan kraf tembikar labu sayong.

Menyusul selepas majlis ini, dua lagi penyerahan watikah perlantikan Adiguru Kraf bagi tahun 2013 kepada seorang usahawan kraf pembuatan bot di Terengganu dan seorang lagi usahawan kraf sulaman kelingkam di Kelantan. Ketiga-tiga perlantikan Adiguru Kraf ini akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 - 31 Disember 2018.

Perlantikan Adiguru Kraf diberikan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara.


Bagi tujuan tersebut, Adiguru Kraf yang dilantik akan memainkan peranan menjadi sebagai pakar rujuk, tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dengan mencurahkan pengalaman dan kepakaran masing-masing kepada kumpulan pelapis.


Melalui perlaksanaan Skim Adiguru Kraf ini, setiap Adiguru Kraf yang dilantik akan menerima ganjaran berbentuk watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan RM500.00 sebulan.

Melawat Pameran Adiguru Kraf
Sidang Media
Penyerahan cenderahati kepada Dato' Mohd Kamil, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Penyerahan Watikah Pelantikan dan Wang Ganjaran

INTERAKTIF KRAF : PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2013

Aktiviti Interaktif Kraf sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 telah berlangsung selama 10 hari bermula pada 27 September hingga 6 Oktober 2013. Aktiviti yang telah dijalankan adalah Interaktif Kraf Mewarna Tempurung dan Interaktif Kraf Anyaman Origami Mengkuang

Berikut merupakan gambar interaktif sepanjang Promosi  Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 tersebut:

Interaktif Kraf Mewarna Tempurung
Interaktif Kraf Anyaman Origami Mengkuang





INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013

Aktiviti Interaktif Kraf sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2013 telah berlangsung selama 11 hari bermula pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2013. Aktiviti yang telah dijalankan adalah Interaktif Kraf Anyaman Ketupat dan Interaktif Kraf Membuat Kerongsang (Brooch). Berikut merupakan gambar interaktif sepanjang Promosi Kraf Aidilfitri tersebut.

Interaktif Kraf Anyaman Ketupat
















Interaktif Kraf Membuat Kerongsang (Brooch)







SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI





















Seluruh anggota kerja BAHAGIAN PEMULIHARAAN ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada warga Kraftangan Malaysia.
Maaf dipinta sekiranya terdapat silap dan salah
&
Semoga semangat ukhwah kita akan bertambah erat
  

Semoga Ramadhan
Membawa seribu keinsafan
Semoga Syawal
Membawa seribu kegembiraan
Semoga Aidilfitri
Membawa seribu kenangan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir batin

TIPS-TIPS MENGHADAPI RAMADHAN


INTERAKTIF KRAF BUNGA TELUR TISU DAN INTERAKTIF KRAF BUNGA PENANGGAH

Interaktif Kraf Bunga Telur Tisu (Bunga Telur Tissue Interactive Craft)
(Pada 19 Jun hingga 1 Julai 2013)

Secara tradisinya, bunga telur adalah bunga plastik dengan telur rebus. Walau bagaimanapun, reka bentuk bunga telur telah berkembang sejak beberapa tahun lalu. Interaktif ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi sepanjang Promosi Kerja Kahwin ini. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti interaktif ini berlangsung.


Interaktif Kraf Bunga Penanggah (Bunga Penanggah Interactive Craft) 
(Pada 19 Jun hingga 1 Julai 2013)

Bunga Penanggah biasa digunakan semasa majlis keraian dalam masyarakat melayu terutamanya semasa kenduri perkahwinan. Bunga penanggah biasanya dipakai oleh orang yang membantu sepanjang persiapan majlis sebagai tanda penghargaan. Interaktif ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi sepanjang Promosi Kerja Kahwin ini. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti interaktif ini berlangsung.

INTERAKTIF KRAF ARTS FOR THE WORLD

Interaktif Arts For The World telah dilaksanakan pada 24 Mei hingga 27 Mei 2013 yang lalu. Sepanjang 4 hari aktiviti tersebut dilaksanakan seramai 740 orang peserta telah terlibat dengan Interaktif Kraf Mewarna Batik.