DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA JUALAN KRAF SDSI

Jualan Kraf SDSI 2009 telah berlangsung pada 17-21 Disember 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti jualan telah berlangsung termasuklah aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf. Demonstrasi yang dijalankan adalah ukiran kayu, labu pulau tiga, tekatan, anyaman pandan dan manik. Aktiviti interaktif kraf pula mewarna batik dan seramik. Jurudemo yang terlibat adalah Adiguru Hajah Hawa Binti Ngah Salam (Labu Pulau Tiga), Adiguru Hajah Azizah Binti Mohamad Yusof (Tekatan), Mohd Zarir Bin Abdullah (Ukiran Kayu), Fatimah Binti Ngah (Anyaman Pandan) dan Notiah Binti Wandak (Kraf Manik). Manakala aktiviti interaktif kraf dilaksanakan oleh Noram Binti Tambi (Batik) dan Md. Sallehin Bin Md. Noh (Seramik).

JUALAN BUKU TERBITAN KRAFTANGAN MALAYSIA



Kraf adalah lambang jiwa sesebuah negara, mencerminkan ciri-ciri abadi masyarakatnya. Warisan yang diperturunkan adalah khazanah yang amat bernilai. Kemahiran dan ketekunan tukang kraf melahirkan hasil kraf adalah sumbangan yang tidak ternilai.
Justeru itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mentafsirkan ketukangan kraf dalam bentuk bahan bacaan dan audio visual.


BUKU SHADOW PLAY : MALAY TRADITIONAL THEATRE
Buku ini menyingkap setiap falsafah dan kaedah disebalik tabir dunia Wayang Kulit termasuk proses pembuatan figura dan dihidangkan pula dengan kecemerlangan sentuhan fotografi dan ilustrasi.
Tahun : 2008
ISBN : 97898339196566
Harga : RM110.00
Muka Surat : 118
Versi : Bahasa Inggeris

BUKU UKIRAN KAYU : WARISAN MELAYU



UKIRAN KAYU : WARISAN MELAYU
Buku ini memaparkan kemahiran ukiran kayu yang mengandungi simbol, identiti dan mencerminkan jati diri masyarakat di Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.
Tahun : 2009
ISBN : 9789839196573
Harga : RM100.00
Muka Surat : 101
Versi : Bahasa Malaysia

BICARA PUISI TRADISIONAL REJANG


KUALA LUMPUR 16 Julai - Puisi rejang yang merupakan salah satu genre dalam kesusasteraan tradisional Melayu amat popular satu ketika dulu tetapi kini ia hampir dilupakan. Menyedari hakikat itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini menganjurkan program Bual Bicara Puisi Tradisional - Rejang bersempena Festival Kuala Lumpur 2009. Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pada dasarnya rejang dapat dianggap sebagai genre puisi yang tersendiri yang dilahirkan oleh masyarakat untuk memberi nasihat, ajaran akhlak dan sebagai pengajaran. Beliau berkata, PNM telah mengambil inisiatif menganjurkan program bual bicara itu dengan harapan pembicara akan dapat berkongsi pandangan dan maklumat dengan masyarakat yang kini semakin melupai dunia puisi tradisional Melayu. ''Rejang mungkin satu nama yang janggal bagi masyarakat kini, malah ada segelintir generasi baru sama sekali tidak mengenali asal usul dan cara melagukan puisi tersebut,'' katanya ketika berucap merasmikan program Bual Bicara Puisi Tradisional - Rejang di sini hari ini. Katanya, rejang seolah-olah kehilangan maknanya kini sama ada sebagai hiburan, pendidikan dan pengukuhan sistem kekerabatan seperti kedudukannya dalam masyarakat tradisional dahulu. Seramai 250 peserta menghadiri program tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Menurut Raslin, jumlah khalayak yang meminati genre puisi itu masih terlalu kecil jika ia dibandingkan dengan hiburan popular yang jauh berkembang pesat di Malaysia dan Nusantara hari ini. ''Sesuatu perlu dilakukan dengan gigih serta berkesan oleh pihak yang berkenaan supaya rejang terus kekal bersaing di tengah-tengah suburnya pelbagai kesenian puisi tradisional dan juga hiburan masa kini,'' ujarnya.

LAWATAN PERSATUAN STROKE MALAYSIA KE KOMPLEKS KRAF





Kunjungan Persatuan Stroke Malaysia (NASAM) ke Komples Kraf Kuala Lumpur pada 9 Disember 2009. Lawatan ini dihadiri seramai 67 orang peserta dan hanya 33 orang peserta akan menyertai aktiviti batik interaktif.

PUISI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA MUTAKHIR

Puisi : Warisan bangsa Melayu yang amat terbilang Dikatakan diperturunkan dari generasi ke generasi melalui mekanisme lisan dan penulisan (apabila masuk kemudahan percetakan) Rumusan : Sajak mendapat tempat dalam masyarakat moden. Syair masih berkembang. Seloka kian dilupakan. Gurindam amat sedikit dikarang orang. Kita sebenarnya hampir kehilangan satu ruang terindah dalam sukma kita : a) Keindahan B) Kebenaran c) Kebijaksanaan d) Keberanian. Kita jadi begini kerana bangsa kita tidak betah lagi menghargai warisan yang sangat cemerlang itu. Kita secara licin dan licik, sedar atau alpa sesungguhnya sedang membelakangi dan menghakis seni budaya bangsa sendiri. Dengan itu, kita perlu sedar dan mesti bangkit semula menajamkan tradisi kepujanggaan kita untuk menjadi bangsa yang berjati diri, lagi dihormati. (Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin)

PROGRAM KEMBARA KRAF WARISAN 2009



Kembara Kraf Warisan adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia dalam menghebahkan seni Kraf
Warisan Negara terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umum di samping mengembalikan
kegemilangan produk hasilan tempatan untuk pembangunan modal insan, menyemai semangat patriotik
dan mengeratkan perpaduan sesama kaum. Pada 21-25 November 2009 telah berlangsung Program
Kembara Kraf Warisan Labu Sayong dan Anyaman Rotan
yang membabitkan aktiviti pertukaran pelajar dari
sekolah menengah terpilih di daerah Kuala Kangsar, Perak dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Seramai 63 orang pelajar yang menyertai program ini diberi peluang untuk mempelajari, mengalami
dan menghayati sendiri cara menghasilkan Labu Sayong dan Menganyam Bakul Rotan. Selain itu, program
ini turut menyelitkan projek kemasyarakatan bersama penduduk tempatan seperti membuat lemang,
rendang, sukan rakyat dan malam kesenian untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Kraftangan
Malaysia memandang positif usaha memelihara dan memulihara seni kraf ini bagi meransang generasi
muda supaya lebih menghargai danmencintai Kraf Warisan Negara.