PEMENANG ESEI TEMPAT KETIGA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN MOHAMMAD SUFFIAN BIN FAUZI


TEMPAT KETIGA -

PEMENANG ESEI TEMPAT KEDUA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. IR MOHD HAZERI BIN HJ MOHD SHAMSI


TEMPAT KEDUA -

PEMENANG ESEI TEMPAT PERTAMA : KEUNGGULAN KRAF MALAYSIA MENJANA EKONOMI DAN MENJADI LAMBANG BUDAYA BANGSA OLEH EN. SYED MAHADHIR BIN SYED IBRAHIM


TEMPAT PERTAMA -

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERKAITAN SENI KRAF MALAYSIA SEMPENA KEMPEN PEMBUDAYAAN BAHASA KEBANGSAAN 2012 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Barisan Pemenang Pertandingan Menulis Esei Berkaitan Seni Kraf Malaysia

Barisan  Juri Professional

Pertandingan Menulis Esei Berkaitan Seni Kraf Malaysia ini merupakan salah satu aktiviti Kempen Pembudayaan Bahasa Kebangsaan 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Hebahan pertandingan ini telah dibuat melalui portal Kraftangan Malaysia dan blog Bahagian Pemuliharaan pada 5 September 2012. Selain itu, dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat, pertandingan ini telah diemelkan kepada warga kerja Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, jabatan dan agensi di bawah kementerian, institut pengajian tinggi dan swasta, saluran radio dan televisyen serta usahawan kraf. Pertandingan ini juga telah diiklankan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 September 2012. Pertandingan ini telah ditutup pada 5 Oktober 2012 yang lalu. 

Sejumlah 83 penyertaan dari seluruh negara telah diterima. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang peserta adalah kakitangan kerajaan, 12 orang kakitangan swasta, 24 orang pelajar dan 20 dari kategori lain-lain yang kebanyakannya merupakan penganggur, surirumah dan pesara. 

Menurut analisa, penyertaan tertinggi adalah dari negeri Selangor iaitu dengan 13 orang peserta, diikuti negeri Perak dan Johor yang masing-masing 9 orang peserta, 7 peserta dari Sabah, masing-masing 6 orang peserta dari Pahang dan Sarawak, masing-masing 5 orang peserta dari Terengganu dan Kedah, masing-masing 4 peserta dari W. P. Kuala Lumpur, W.P Putrajaya dan Kelantan, masing-masing 3 penyertaan dari Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing 2 penyertaan dari Perlis dan Pulau Pinang dan hanya 1 penyertaan dari W.P. Labuan. 

Seterusnya, bagi tujuan penilaian 2 kumpulan panel juri telah dilantik iaitu 4 orang Juri Dalaman dan 4 orang Juri Porfesional. 4 orang Juri professional menilai dari segi Isi Kandungan dan Bahasa, mereka terdiri daripada :

Bahasa
Dato’ Adilah bt. Shek Omar (Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak) 
Tn. Hj. Razali Che Mat (Dewan Bahasa dan Pustaka) 

Isi Kandungan
Prof. Madya Sulaiman Abd Ghani (Universiti Teknologi MARA) 
Pn. Rohana bt. Mustaffa (BERNAMA) 

Pengerusi 
Tuan Haji Ramli bin Mohd Nor (Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Kraftangan Malaysia)

Juri Profesional telah membuat penilaian ke atas 20 penyertaan yang disenarai pendek bagi memilih pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan 10 penerima hadiah saguhati. Senarai pemenang utama termasuk 10 penerima sagu hati.

Pemenang Tempat Pertama 
En Syed Mahadzir Bin Syed Ibrahim – Kakitangan Swasta 

Pemenang Tempat Kedua 
En Ir Mohd Hazeri  Bin Hj Mohd Shamsi – Jurutera Di Jabatan Kerja Raya (Jkr) 

Pemenang Tempat Ketiga
En Mohammad Suffian Bin Fauzi - Pelajar UIAM Semester 2 Fakulti Kejuruteraan

Penerima Saguhati
  1. Hanita Bt. Haji Hassan
  2. Solihin B. Abu Hassan
  3. Rohaya Bt. Muhd Zain
  4. Mohd Shahremy Ikmal B. Shahbudin
  5. Mohd Jamil B. Mohd Isa
  6. Noraini Bt. Othman
  7. Azril B. Jamal Ares
  8. Nurul Atiqah Bt. Ariffin
  9. Noorjamila Bt. Ali
  10. Nurhasnita Bt. Abdul Hamid

V.N RAMADAS, SIOW HO PHIEW DILANTIK ADIGURU KRAF

Sumber : Utusan Malaysia, 18 Disember 2012 Selasa

Tahniah Diucapkan...


MAHA International 2012

Booth Kraftangan Malaysia

Tempat Demonstrasi dan Interaktif

Interaktif Anyaman Kelarai Buluh

Kraf Pembuatan Tempurung

Pewarnaan Asli

MAKLUMAN...


INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI INSPIRASI ALAM

Untitled Document
Interaktif Kraf Anyaman Kelarai Buluh  (31 Oktober – 5 November 2012)

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman. Pembuatan kelarai dilakukan serentak dengan proses menganyam. Terdapat beberapa jenis kelarai buruh iaitu motif yang berasaskan flora, fauna, rupa abstark, nama tempat dan nama pereka.  Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad. 

Interaktif Kraf Mewarna Batik (31 Oktober – 5 November 2012)

Interaktif Kraf Mewarna Batik ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Pengunjung dikenakan bayaran RM10.00 kepada t-shirt yang hendak diwarnakan dan RM5.00 untuk batik frame. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.

Interaktif Kraf Tempurung Kelapa (6 November – 11 November 2012)

Interaktif Kraf Tempurung Kelapa adalah dekorasi yang berasaskan tempurung kelapa seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki, anting-anting, rantai kekunci dan hiasan rumah.  Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.

Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang (6 November – 11 November 2012)

Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad. 

PERTANDINGAN SELOKA PANTUN KRAF

SYARAT PENYERTAAN-PANTUN

BENGKEL KRAF WARISAN SENI ANYAMAN ROTAN

Sebahagian Peserta Bengkel
Adiguru Kraf sedang memberi taklimat
Aktiviti di Bengkel Kraf Anyaman Rotan
Produk yang telah disiapkan

HASIL KRAF TANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEMAKIN DIMINATI PEMBELI TEMPATAN, ANTARABANGSA











































Sumber : Berita Harian, 7 Oktober 2012 @ Ahad, HIAS m/s 10

ADIGURU SULAMAN JADI TUMPUAN

Sumber : Berita Harian, 9 Oktober 2012 @ Selasa, NASIONAL m/s 11

PROGRAM LEBUH SENI KUALA LUMPUR DAN BAZAR SENI INDUSTRI BUDAYA


BENGKEL KRAF WARISAN SENI PERTUKANGAN PERAK

Bengkel Kraf Warisan Seni Pertukangan Perak 
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tempat : Institut Kraf Negara, Rawang
Tarikh : 6 Dan 7 Oktober 2012

Objektif : Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecintaan seni kraf warisan melalui pembelajaran bersama pakar-pakar kraf

UPCOMING EVENT..Bengkel Kraf Warisan Pertukangan Perak


PROGRAM KEMBARA KRAF WARISAN UKIRAN KAYU 2012

Bertarikh : 23 September 2012 hingga 27 September 2012
Tempat : Studio Tunjang Bakawali Sdn Bhd, Kampung Raja, Besut, Terengganu

Objektif Program Kembara :

  • Memberi pendedahan yang menyeluruh suasana bekerja dan berkarya dalam pencarian ilham, hasilan motif dan terus kepada penghasilan produk.
  • Mendapatkan input dari hasil diskusi oleh peserta-peserta yang berpengalaman dan mahir dalam bidang ukiran kayu.
  • Menjadikan peranan Adiguru Kraf lebih bermakna sebagai sumber rujuk dan perkembangan seni ukiran kayu tanah air.

JAMUAN RAYA BAHAGIAN PEMULIHARAAN BERSAMA BAHAGIAN USAHAWAN DAN RND

Berikut merupakan koleksi gambar-gambar semasa jamuan raya yang telah diadakan pada 14 September 2012 yang lalu di Panggung Sari, Kraftangan Malaysia