BENGKEL BICARA WARISAN - KRAF TENUNAN SONGKET



Tokoh Kraf Negara Hajah Habibah Zikri



Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut mewarnai indusri songket negara. Lahir pada 5 Februari 1948 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di tengah-tengah keluarga yang besar. Anak ketiga daripada sembilan adik beradik yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat meminati seni.


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian meneruskan pengajian dalam jurusan tekstil pada tahun 1971 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA. Di sinilah beliau mendalami bidang seni khususnya dalam bidang tekstil. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1974, beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan.


Pucuk dicita ulam mendatang, ilmu yang diperolehi di menara gading diaplikasikan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan. Semasa di Kraftangan Malaysia beliau terus mendalami bidang tenunan khususnya songket. Sebagai pereka, beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri pengusaha-pengusaha songket. Beliau mendalami ilmu tenunan dengan turut serta melakukan proses dan kerja-kerja menyongket dari awal sehingga akhir. Di hatinya telah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pengusaha songket yang berjaya. Rumah tangga yang dibina bersama Encik Shamsul Baharin Abdul Mutalib dikurniakan dengan tiga orang cahayamata. Minat dan cita-cita dikongsi bersama suami dan keluarga.
Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, beliau meletakkan jawatan dan mengusahakan tenunan songket dan cita-cita beliau mendapat sokongan daripada suami serta keluarga. Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka, Puan Habibah memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket.


Setelah lebih daripada 33 tahun menceburi bidang Tenunan songket, Puan Hajah Habibah telah meletakkan namanya sebagai penenun yang terkenal dan disegani di negara ini. Hasil ciptaan kreatif beliau telah menyemarakkan semula industri songket negara.
Banyak kejayaan yang diraih beliau sepanjang tempoh mengusahakan tenunan songket. Pada tahun 1987 beliau menerima Anugerah - The Best Traditional Textile ASEAN di Jakarta. Beliau turut menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002.
Bibah Songket merupakan mercu tanda kejayaan Puan Habibah. Seramai 50 orang penenun songket bernaung di bawahnya, membantu beliau menghasilkan songket yang yang halus, cantik dan berkualiti.


Songket rekaan beliau turut dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV 3 dan Pos Malaysia pada tahun 2004.

Kraf Tenunan Songket


Songket adalah antara tekstil tenun tradisional yang giat diusahakan di Kelantan dan Terengganu. Benang emas atau perak yang dililit pada cuban (sebagai benang pekan) disulam atau disungkit melintang di celah benang loseng lalu menghasilkan ragam hias atau reka corak pada kain yang ditenun. Kain ini juga dikenali sebagai songket cuban atau berpakan emas. Songket anggun dipakai dengan baju kurung atau kebaya panjang yang dilengkapi dengan selendang atau kain kelubung. Selain daripada itu, songket turut dipakai sebagai samping, tengkolok atau bengkung.

BENGKEL BICARA WARISAN - KRAF TENUNAN ASLI SABAH (RUNGUS)


Adiguru Rubangki Binti Mabok

Dilahirkan pada tahun 1941 di kampung Guamon, Kudat, Sabah. Dibesarkan dalam keluarga petani dan mempelajari kemahiran menenun daripada ibunya sejak beliau masih remaja lagi. Asal kapas menjadi benang, dari benang ditenun dibuat kain, begitulah bidalan yang dipraktikkan oleh Puan Rubangki dalam usaha meneruskan kegiatan menenun kain rungus ini. Beliau memintal dan menghasilkan sendiri benang untuk kerja-kerja menenun. Pokok kapas yang hidup subur di sekitar kampung beliau ketika itu menjadi sumber utama untuk mendapatkan benang.


Setelah berkahwin Puan Rubangkiterus melakukan kerja-kerja menenun bagi membantu menambah pendapatan suami. Suami beliau banyak membantu mengutip kapas-kapas dan kemudian dibawa pulang untuk diproses dan dipintal menjadi benang.
Sebelum warna tiruan diperkenalkan, Puan Rubangki menggunakan bahan semula jadi untuk mewarna benang. Kesungguhan beliau mengusahakan tenun ini menjadi contoh kepada penduduk setempat. Kai tenun rungus biasanya dijadikan pakaian yang dilengkapi dengan hiasan lain seperti selendang atau manik-manik. Ia dipakai semasa majlis perayaan, perkahwinan atau upacara-upacara adat yang disambut oleh suku kaum Rungus.


Dalam mematikan seni warisan ini terus berkembang, beliau menurunkan kemahiran menenun kain Rungus ini kepada anak perempuan beliau sendiri dan juga penenun-penenun muda yang tinggal di sekitar daerah Kudat. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau mengembangkan seni tenun Rungus, pada tahun 1990 Kraf tangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf tenun Rungus.

Tenunan Asli Sabah (Rungus)


Tenunan warisan Rungus memaparkan keunikan motif dan kemahiran menenun yang mempunyai hubungkait dengan alam sekitar seperti flora dan auna. Pakaian tradisi ini melambangkan peradaban masyarakat Rungus.

BENGKEL BICARA WARISAN - KRAF TENUNAN MUGAH

Adiguru Puan Sabnah Binti Dullah



Kain tenun mugah, di antara kain tenunan etnik masyarakat Sabah yang amat sinonim dengan suku kaum Irranun dan Rungus. Kain benang kapas ini menjadi pakaian kebesaran suku kaum Rungus terutama semasa majlis perkahwinan, hari perayaan atau semasa upacara adat yang lainnya. Manakala suku kaum Irranun pula bertanggungjawab menenun dan menjadi pembekal kain tenun mugah.


Di antara penenun kain mugah yang disegani adalah Puan Sabnah Dullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1945 di kampung merabau, kota Belud, Sabah dan dibesarkan dalam keluarga yang mahir menenun. Sejak berusia 10 tahun, beliau diajar menenun oleh ibu dan neneknya. Dengan kemahiran menenun ini, beliau menyara enam orang adik-beradik selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.


Setiap helai kain tenun mugah yang beliau hasilkan dihiasi dengan reka corak yang tersendiri. Alam semula jadi seperti flora dan fauna, corak-corak geometrik dan unsur kosmos diadun menjadi reka corak kain tenunan beliau. Antara reka corak yang dihasilkan seperti anunon, tuara, bakaki, bunga emas, tialali, lincu, siku keluang dan sunding yang kemudiannya menjadi ikutan penenun-penenun kain mugah di sekitar Kampung Merabau.



Kepakaran Puan Sabnah salam menghasilkan kain tenun mugah telah menempatkan beliau sebagai salah seorang penenun kain mugah yang handal dan disegani terutama di sekitar Kota Belud. Bagi memastikan seni kemahiran tangan ini tidak pupus, beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penenun-penenun muda di sekitar Kampung Merabau. Kegigihan dan kepakaran beliau ini dijejaki oleh Kraftangan Malaysia dan telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf tenun Mugah pada tahun 2002. Skim latihan yang lebih terancang diatur oleh Kraftangan Malaysia dan beliau telah dilantik sebagai juru tunjuk dalam program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi tenunan kain mugah.

Tenunan Mugah


Kepakaan terhadap persekitaran terutama alam semula jadi menghasilkan corak menarik pada kain mugah dan menjadikan kain tenunan tangan ini kebanggaan dan kesenian masyarakat Irranun. Kepakaran penenun terpamer melalui kemahiran menyulam reka corak dan motif di antara benang dan loseng.

BENGKEL BICARA WARISAN - KRAF SULAMAN NYONYA


Adiguru Lim Swee Kim


Sulaman Nyonya kebiasaannya menghiasi baju kebaya yang menjadi pakaian wanita keturunan Baba. Kehalusan sulaman berwarna ini dihiasi dengan pelbagai reka corak yang terdiri daripada flora dan fauna. Salah seorang pakar sulaman ini ialah Puan Lim Swee Kim yang dilahirkan di Kelantan pada 17 Jun 1933. Setelah berkahwin beliau menetap di Pulau Pinang dan mengusahakan sulaman bagi menambah pendapatan keluarga. Mula mempelajari seni sulaman sejak beliau berusia lapan tahun. Kepakaran menyulam diwarisi daripada ibunya. Beliau menguasai kemahiran menyulam pada usia 15 tahun dan sejak itu beliau menceburi bidang ini secara sepenuh masa.


Dengan menggunakan mesin jahit kaki, beliau menyiapkan tempahan baju, cheongsam dan kebaya bersulam mengikut kehendak pelanggan. Sepanjang tempoh penglibatannya, beliau telah menghasilkan lebih 1,000 rekaan motif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bunga, binatang, buah-buahan dan juga abstrak.
Beliau turut memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri daripada beliawanis yang datang dari seluruh negara. Selama lebih empat dekad beliau telah melatih lebih daripada 50 pelajar dan ada di antara mereka yang telah menjadi pengusaha sulaman.

Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar sulaman kepada pelajar dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun, Mongolia, Afrika can Amerika Syarikat. Pada tahun 2004 beliau telah menerima seorang pelatih dari Amerika Syarikat yang berjaya menguasai kemahiran menyulam dalam masa dua minggu. Dr. Jesicca Krakow belajar selama lapan jam setiap hari dengan bimbingan Puan Lim. Beliau berjaya menyulam sehelai baju kebaya sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.
Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006 oleh Kraftangan Malaysia bagi menghargai sumbangan yang diberikan.




Kraf Sulaman Nyonya


Sulaman kerawang, seni hiasan tekstil menggunakan benang-benang berwarna. Pilihan reka corak yang sesuai dilukis pada permukaan kain sebelum disulam. Motif-motif tumbuh-tumbuhan dan unggas direka halus menjadi ragam hias yang disulam di atas permukaan kain-kain kapas atau kasa rubia. Antara produk yang dihiasi dengan sulaman kerawang seperti kebayan, alas meja, sarung kusyen, cadar dan sarung bantal.

JAMUAN HARI RAYA KRAFTANGAN MALAYSIA


Tarikh : 2/10/2010

Tempat : Basement Karyaneka

Menu : Puding dan Aneka Kek

PEMENANG PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEBUNYI

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut :


Hadiah Slogan Terbaik


Nor Azahliza Binti Ramli
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan



Hadiah Tempat Pertama
Mohd Faray Ahmed
Bahagian Khidmat Pengurusan



Pemenang Tempat Ke Dua


Farah Sufiana Binti Razali
Bahagian Komunikasi Korporat




Pemenang Tempat Ke Tiga


Ruziati Binti Garan
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

UCAPAN RAYA BAHAGIAN PEMULIHARAAN

PEMENANG PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Jawapan Mencari Perkataan Tersembunyi :

Slogan terbaik :

Kraf 1 Malaysia ialah simbol aplikasi kepelbagaian kaum, etnik, dan budaya yang tercipta hasil perkongsian dalam permuafakatan demi matlamat seni yang unik dan asli.

Berikut merupakan nama pemenang dan saguhati untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi. Hadiah boleh dituntut mulai 6 September 2010 di Bahagian Pemuliharaan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi iaitu Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki di sambungan 314.

Hadiah Pertama ::
Mohd Faray Ahmed
Bahagian Khidmat Pengurusan

Hadiah Kedua ::
Farah Sufiana Binti Razali
Bahagian Komunikasi Korporat

Hadiah Ketiga ::
Ruziati Binti Garan
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Hadiah Slogan Terbaik ::
Nor Azahliza Binti Ramli
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Hadiah Saguhati ::

PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Kata Kunci : Berkaitan Dengan Kraf
Jumlah Perkataan Tersembunyi : 30 Perkataan

*Sila lorekkan atau gariskan jawapan yang betul

Lengkapkan Slogan Berikut :

Kraf 1 Malaysia ialah ...............................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
(Tidak melebihi 20 perkataan)


Nama : .....................................................
Jawatan : .....................................................
Bahagian / Unit : .....................................................
No. Telefon : .....................................................

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

  1. Pertandingan mencari perkataan tersembunyi ini akan dijalankan dari 27 Ogos 2010 hingga 3 September 2010. Bahagian Pemuliharaan berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh pertandingan.

  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia kecuali Staf Bahagian Pemuliharaan.

  3. Salinan Fotostat borang penyertaan dibenarkan.

  4. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang mereka suka.

  5. Bahagian Pemuliharaan berhak membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat dihantar.

  6. Pertandngan ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :

    a) Hadian Utama – Setiap penyertaan yang diterima akan diberikan nombor siri. Jumlah nombor bersiri pada akhir tempoh pertandingan akan dibahagikan dengan dua (2) untuk memperolehi nombor bersiri untuk Hadiah Utama. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat paling rendah yang diperolehi selepas pembahagian dibuat. Sebagai contoh, sekiranya jumlah penyertaan yang diterima ialah 201, maka jumlah tersebut dibahagi dengan dua (2) untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan. Maka penyertaan ke 100 akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama yang layak.

    b) Slogan Terbaik – Slogan terbaik akan dinilai dari kalangan peserta yang berjaya mendapatkan jawapan yang betul.

    c) Hadiah Saguhati – Setiap penyertaan akan diberi hadiah saguhati sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan dalam pertandingan ini.


  7. Para pemenang akan dimaklumkan melalui email, blog dan telefon.

  8. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju untuk memenuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan-keputusan Bahagian Pemuliharaan.

  9. Hantarkan borang-borang penyertaan kepada Bahagian Pemuliharaan, Tingkat M, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur. Sila serahkan borang penyertaan kepada Puan Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki selewat-lewatnya pada 3 September 2010 bersamaan hari Jumaat sebelum jam 3.00 petang.

*Borang pertandingan telah pun di email kepada anda semua melalui email pemuliharaan@kraftangan.gov.my

DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI


Pada 20hb Ogos 2010 sehingga 29 Ogos 2010 telah berlangsung aktiviti Demonstrasi dan Interaktif Kraf di Laman Budaya Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

1) Demonstrasi Menggilap Tembaga


Dahulu daun palas atau kertas pasir digunakan untuk menggilap tembaga, tapi pada era sekarang banyak bahan lain yang dapat menggilap tembaga dengan lebih cepat dan cantik. Antaranya ialah autosol, braso dan mesin buffing. Untuk menghilangkan kesan kotor atau kusam pada tembaga haruslah dicuci dengan air cuka, air asam jawa ataupun asid. Kemudian gosok dengan berus dan ambil autosol atau braso lap sehingga ia hitam dan akhir sekali gosok secara manual atau menggunakan mesin buffing.

2) Interaktif Menjahit Tulang Belut dan Mata Lalat
Tulang Belut dan Mata Lalat adalah jahitan dekoratif rumit yang dilakukan di leher Baju Kurung dan Baju Melayu. Keduanya merupakan pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita dan lelaki Melayu.

3) Interaktif Menganyam Ketupat
Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.

4) Interaktif Menghias Bekas Kuih
Bekas kuih ini dihasilkan daripada anyaman mengkuang. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan variasi warna yang menarik. Bekas Kuih boleh menjadi lebih kreatif dengan menambah hiasan tambahan seperti bunga, riben, manik, kain dan sebagainya.

Gambar Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata







Tanhiah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut :

Hadiah Pertama
Syahrezal Mohd Salleh
Bahagian Kewangan Ibu Pejabat

Hadiah Kedua
Mohammad Nasser Bin Baharin
Bahagian Strategi Korporat Ibu Pejabat

Hadiah Ketiga
Siti Nurshahrul Sarom
Bahagian Kewangan & Pembangunan

MAJLIS PERPISAHAN STAFF PROJEK BAHAGIAN PEMULIHARAAN


Tahniah diucapkan kepada Cik Siti Zaleha Binti Bakar kerana telah berjaya mendapat pekerjaan di Sektor Kerajaan sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti Cawangan Perlis yang akan mula bertugas pada September 2010.



Terima kasih juga diucapkan kepada beliau sepanjang berkhidmat dengan Bahagian Pemuliharaan selama 3 bulan kerana telah banyak membantu kerja-kerja penyelarasan perpustakaan dan scanning gambar.

AKTIVITI INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2010

Sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 yang telah berlangsung pada 24 Julai 2010 hingga 2 Ogos 2010 yang lalu, Bahagian Pemuliharaan telah terlibat dengan 7 aktiviti pendidikan kraf dan interaktif kraf iaitu :



1) Demonstrasi Tenunan Keringkam

2) Demonstrasi Tenunan Sambitan

3) Demonstrasi Sulaman Nyonya

4) Demonstrasi Tekatan Benang Emas

5) Interaktif Hiasan Inai

6) Interaktif Origami Orang Asli

7) Interaktif Anyaman Bunga Telur (Rotan)

PEMENANG PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

Jawapan Pertandingan Teka Silang Kata :



Berikut merupakan nama pemenang dan saguhati untuk semua yang telah terlibat dalam menjayakan Pertandingan Teka Silang Kata Bahagian Pemuliharaan pada bulan Jun yang lepas. Hadiah boleh dituntut mulai pada 9 Ogos 2010 di Bahagian Pemuliharaan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras Pertandingan Teka Silang Kata iaitu Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki di sambungan 314 dan Sarina Binti Abdul Rahman di sambungan 272 .

Hadiah Pertama :
Syahrezal Mohd Salleh
Bahagian Kewangan Ibu Pejabat

Hadiah Kedua :
Mohammad Nasser Bin Baharin
Bahagian Strategi Korporat Ibu Pejabat

Hadiah Ketiga :
Siti Nurshahrul Sarom
Bahagian Kewangan & Pembangunan

20 Pemenang Terbaik :
1. Rohaya Binti Abdullah (Kewangan)
2. Abdul Aziz Bin Abdul Razak (Kewangan)
3. Hamdan Bin Ahmad (Kewangan)
4. Abdul Razak Bin Romlan (Khidmat Pengurusan)
5. Nur Adilah Binti Abdul Rahim (Khidmat Pengurusan)
6. Nur Syahirah Binti Mustafa (Khidmat Pengurusan)
7. Mariam Binti Outar @ Autar (Khidmat Pengurusan)
8. Abdul Nasir Bin Abdul Mutalib (Khidmat Pengurusan)
9. Norhaliza Binti Hashim (Unit Pembangunan)
10. Nurafliana Binti Zulkafli (Unit Perolehan)
11. Ahmad Fadil Bin Zakaria (Pengarah Cawangan Perak)
12. Shanom Binti Sahidan (Usahawan)
13. Masniza Binti Muhamas (Usahawan)
14. Nur Laili Binti Mohamad Mohed (Usahawan)
15. Mariam Binti Abdullah (Usahawan)
16. Siti Fatimah Zaharah Binti Halim (Usahawan)
17. Mohd Fairis Salleh (Usahawan)
18. Nor Azlina Binti Ibrahim (Usahawan)
19. Nik Siti Dalila Binti Nik Ariff (Usahawan)
20. Mariana Binti Osman (Usahawan)

Hadiah Saguhati :
1. Mohd Zulhilmi Bin Abdulla:h (Cawangan Perak)
2. Wan Husnan Bin Wan Kadir (Cawangan Perak)
3. Sahazubir Bin Idris (Kewangan)
4. Halimah Binti Ibrahim (Kewangan)
5. Hashimah Binti Abdul Ghani (Kewangan)
6. Junaidah Binti Marzuki (Kewangan)
7. Mohd Badzli Bin Majid (Kewangan)
8. Mohd Johan Bin Kosnan (Kewangan)
9. Sarimah Binti Mohd Sainin (Kewangan)
10. Mohd Rizuan Bin Ramli (Kewangan)
11. Norlita Binti Mohd Taib (Khidmat Pengurusan)
12. Norehan Binti Ghani (Komunikasi Korporat)
13. Khairul Rizal Bin Jamerul Ghani (Komunikasi Korporat)
14.Wan Zakiroh Binti Megat Sulaiman (Komunikasi Korporat)
15. Ida Ruzila Binti Ramli (Pentadbiran)
16. Azreene Binti Abdul (Pentadbiran)
17. Ruziati Binti Garan (Penyelidikan & Pembangunan)
18. Syed Zahir Bin Syed Omar (Strategi Korporat)
19. Noraini Binti Othman
20. Muhd Faizullah Bin Ramdani (Teknologi Maklumat)
21. Mursyida Binti Md Isa (Cawangan Selangor)
22. Rosman Binti Manan (Khidmat Pengurusan)
23. Abdul Manan Bin Ismail (Komunikasi Korporat)
24. Asma Binti Alisak (Komunikasi Korporat)
25. Luqman Hakim Mokhtar (Pasaran dan Promosi)
26. Mohd Asri Bin Abdullah (Pasaran dan Promosi)
27. Fahazanie Sandy Bin Halim (Usahawan)



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG-PEMENANG YANG TERLIBAT!!!!

INTERAKTIF KRAF DI WANGSA WALK MALL


Interaktif kraf seramik telah diadakan sempena Promosi Kraf Malaysia di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur dari 2 hingga 11 Julai 2010. Interaktif ini hanya diadakan selama dua hari pada 10 dan 11 Julai 2010 dari jam 12.30 tengahari hingga 4.30 petang. Seramai 40 penyertaan telah terlibat dengan interaktif kraf seramik tersebut.

BENGKEL SENI TEKAT WARISAN TRADISI ILMU


Bengkel Seni Tekat Warisan Tradisi Ilmu adalah anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), telah diadakan pada 7 hingga 8 Julai di Dewan Raja Lumu Muzium Sultan Selangor Alam Shah, Shah Alam.



Tekat merupakan antara jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat juga disebut "Sulaman Timbul" atau "Suji Timbul". Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya.



Justeru, sebagai satu agensi yang memulihara khazanah kesenian islam dan menghidupkan warisan tradisi ilmu, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula kesenian seni tekat agar dapat dipelajari oleh semua golongan termasukklan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.



Objektif Bengkel Seni Tekat ini ialah :



  1. Memulihara kesenian sulaman pada tekstil melayu lama


  2. Melahirkan generasi baru yang dapat menyulam seni sulaman tekat


  3. Menghasilkan produk-produk yang mempunyai nilai kesenian yang tinggi


  4. Dapat memberi pelbagai maklumat, idea dan kreativiti kepada peserta mengenai keindahan busana warisan silam

INTERAKTIF KRAF BATIK DAN SERAMIK SEMPENA HARI KELUARGA PKKM






Pada 3 Julai 2010 yang lepas, telah berlangsung Hari Keluarga PKKM Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara. Aktiviti di hari keluarga tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti pendidikan kraf untuk anak-anak kakitangan PKKM untuk mewarna batik dan seramik.

PENDAFTARAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KELUARGA KRAFTANGAN






Penyertaan terbuka kepada anak-anak kakitangan di Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara sahaja. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan iaitu mewarna batik dan seramik di mana setiap penyertaan ini terhad kepada 50 peserta sahaja. Oleh yang demikian, keutamaan diberi kepada pendaftaran terawal.


Pendaftaran yang telah diisi sila kembalikan ke Bahagaian Pemuliharaan atau email kepada norhaizan@kraftangan.gov.my selewat-;ewatnya 23 Jun 2010. Untuk makluman, borang asal telah di email kepada semua kakitangan di Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara.

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA



MELINTANG
2. Bekas air yang bermuncung dan bertangkai biasanya dibuat daripada tembikar seperti logam atau perak
3. Bahan pewarna asli
4. Permainan dengan biji-bijian (seperti biji getah, biji saga dll) yang di taruh dalam lubang-lubang di tanah atau lubang-lubang pada kayu yang dibuat seperti sampan
7. Alat muzik yang berasal dari negara arab berupa seperti kecapi tetapi bertali enam
11. Gendang yang hanya sebelah saja dipasangi kulit
13. Orang asli
14. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak atau gangsa.
15. Senjata warisan
16. Seni lipat kertas
17. Tenunan wanita sarawak
18. Sejenis alat bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh

KE BAWAH
1. Orang yang memainkan watak wayang kulit
2. Benda yang hening seperti kaca, hablur
5. Pakaian tradisional
6. Gendang seperti rebana yang dipukul dengan sebelah tangan
8. Bahan asas dalam pembuatan wau
9. Jenis batik
10. Bahan anyaman
12. Dapur yang digunakan untuk mengeringkan dan membakar tembikar
13. .............dilakukan sebelum pembakaran labu sayong

Syarat-syarat penyertaan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Kraftangan Malaysia kecuali Bahagian Pemuliharaan
2. Penyertaan adalah individu

Syarat dan terma penyertaan

1. Borang penyertaan boleh diperolehi dari Bahagian Pemuliharaan, Ibu Pejabat
2. Peserta hendaklah mengisi semua jawapan dengan menggunakan borang asal
3. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
4. Semua keputusan adalah muktamad

Hadiah

~ Hadiah menarik dan misteri akan diberikan kepada pemenang utama, kedua dan ketiga ~
~ 20 peserta terawal menghantar borang jawapan akan diberi hadiah misteri ~
~ Hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan bulanan akan datang ~



Pertanyaan

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi Pn. Siti Nor Haizan Mohd Zaki dan Pn. Sarina Abdul Rahman, Bahagian Pemuliharaan di sambungan 272.


BATIK CETUS IDEA SENI VISUAL


"Selaras usaha meningkatkan daya produktiviti, penyertaan golongan pendidik dalam bengkel kraf batik dilihat sebagai pemangkin matlamat tersebut."



Sumber : Surat Khabar KOSMO

Tarikh : 1 Jun 2010

Pengarang : Mohd Yunus Yakkub

BENGKEL KRAF WARISAN BATIK CANTING 2010





Anjuran : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur


Tarikh Bengkel : 22 Mei 2010





Pengenalan


Kegemilangan serta kehebatan sejarah perkembangan seni kraf negara ini perlu dihebahkan terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umumnya kerana seni warisan ini merupakan salah satu daripada teras dalam pembentukan tamadun sesebuah bangsa.Pebadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui program pendidikan kraf telah merancang aktiviti-aktiviti pendidikan yang bertujuan menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan pendidik. Melalui Bengkel Kraf Batik ini kumpulan sasar didedahkan mengenai sejarah, proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf warisan.

Peserta adalah dari kalangan guru-guru pendidikan seni visual sekolah menengah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bilangan penyertaan adalah seramai 35 orang yang dipilih dari sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Modul bagi Bengkel Kraf Batik adalah seperti berikut :

Taklimat Umum
a) Pengenalan kepada sistem pengeluaran dan teknik-teknik pembuatan batik
b) Sejarah perkembangan seni kraf tersebut.
c) Reka corak, fungsi dan kegunaannya dahulu dan sekarang.

Penerangan oleh fasilitator mengenai proses-proses :
a) Mengenali bahan-bahan
b) Proses dan teknik pembuatan
c) Cara-cara menghasilkan rekaan

Gerak Kerja Amali (Bengkel)
Peserta melaksanakan gerak kerja amali yang telah ditetapkan. Setiap peserta dikawal selia oleh tenaga pengajar yang telah dilantik. Peserta dikehendaki melukis, mencanting dan mewarna untuk menghasilkan produk batik. Disamping itu juga, terdapat demonstrasi dari tenaga pengajar berkenaan teknik-teknik tertentu dalam penghasilan produk batik.


Kesimpulan


Aktiviti Bengkel Kraf Batik dapat mengukuhkan penghayatan dan rasa cinta peserta terhadap seni kraf warisan yang menjadi lambang jati diri bangsa serta seterusnya dapat memulih dan memelihara seni kraf warisan daripada terus pupus serta dilupakan khususnya oleh generasi muda.

















AKAN DATANG.........Bengkel Kraf Batik Canting






Bengkel Kraf Batik Canting akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010 bersamaan hari sabtu. Bengkel ini melibatkan guru-guru seni visual dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman, bengkel ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Berikut merupakan objektif bengkel ini diadakan :



  • Memberi peluang kepada guru-guru mempelajari, mengalami dan menghayati sendiri kemahiran dalam bidang seni kraf batik.


  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru seni visual terhadap seni kraf batik.

Untuk pertanyaan dan mendaftar sebagai peserta bengkel (hanya guru-guru seni visual) boleh menghubungi pegawai yang terlibat :


Puan Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki


Tel : 03-21627459 / 7533 samb 272


Fax : 03-21612145






JUALAN BUKU : KOLEKSI BUSANA ANGGUN






Buku ini mengupas mengenai pakaian tradisional dan kontemporari dalam masyarakat dahulu dan kini. Pakaian adalah satu daripada perantara budaya yang mencerminkan peradaban sesebuah bangsa. Buku ini juga merakamkan sebahagian daripada rekaan eksklusif pereka Kraftangan Malaysia yang memadankan tekstil tempatan dengan rekaan baru.


Tahun : 2010


ISBN : 9789839196597


Harga Buku : RM110.00


Muka Surat : 143


Versi : Bahasa Melayu

FESTIVAL HARI KRAF KEBANGSAAN 2010





Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010 telah diadakan bermula 24 Februari hingga 24 Mac 2010. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersempena Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010. Sambutan pada tahun ini dilaksanakan mengikut dua segmen :

# Festival Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala lumpur pada 24 Februari hingga 8 Mac 2010-- Bahagian Pemuliharaan terlibat dengan aktiviti interaktif kraf seperti :
a) Interaktif Anyaman Mengkuang
b) Interaktif Wau
c) Interaktif Labu Sayong

# Festival Kraf Malaysia di pusat-pusat membeli belah serta hotel-hotel terpilih pada 9 hingga 24 Mac 2010-- Bahagian Pemuliharaan terlibat dengan aktiviti interaktif kraf mewarna batik dan seramik di tempat berikut :
a) AEON Alpha Angle, Wangsa Maju ( 13 dan 14 Mac 2010 )
b) Pasar Seni, Kuala Lumpur ( 12, 13, 14, 19, 20 dan 21 Mac 2010 )
c) Great Eastern Mall, Kuala Lumpur ( 13, 14, 20 dan 21 Mac 2010 )