PROGRAM KEMBARA KRAF WARISAN 2009



Kembara Kraf Warisan adalah salah satu usaha Kraftangan Malaysia dalam menghebahkan seni Kraf
Warisan Negara terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umum di samping mengembalikan
kegemilangan produk hasilan tempatan untuk pembangunan modal insan, menyemai semangat patriotik
dan mengeratkan perpaduan sesama kaum. Pada 21-25 November 2009 telah berlangsung Program
Kembara Kraf Warisan Labu Sayong dan Anyaman Rotan
yang membabitkan aktiviti pertukaran pelajar dari
sekolah menengah terpilih di daerah Kuala Kangsar, Perak dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Seramai 63 orang pelajar yang menyertai program ini diberi peluang untuk mempelajari, mengalami
dan menghayati sendiri cara menghasilkan Labu Sayong dan Menganyam Bakul Rotan. Selain itu, program
ini turut menyelitkan projek kemasyarakatan bersama penduduk tempatan seperti membuat lemang,
rendang, sukan rakyat dan malam kesenian untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Kraftangan
Malaysia memandang positif usaha memelihara dan memulihara seni kraf ini bagi meransang generasi
muda supaya lebih menghargai danmencintai Kraf Warisan Negara.

0 Komen:

Catat Ulasan