DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI


Pada 20hb Ogos 2010 sehingga 29 Ogos 2010 telah berlangsung aktiviti Demonstrasi dan Interaktif Kraf di Laman Budaya Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

1) Demonstrasi Menggilap Tembaga


Dahulu daun palas atau kertas pasir digunakan untuk menggilap tembaga, tapi pada era sekarang banyak bahan lain yang dapat menggilap tembaga dengan lebih cepat dan cantik. Antaranya ialah autosol, braso dan mesin buffing. Untuk menghilangkan kesan kotor atau kusam pada tembaga haruslah dicuci dengan air cuka, air asam jawa ataupun asid. Kemudian gosok dengan berus dan ambil autosol atau braso lap sehingga ia hitam dan akhir sekali gosok secara manual atau menggunakan mesin buffing.

2) Interaktif Menjahit Tulang Belut dan Mata Lalat
Tulang Belut dan Mata Lalat adalah jahitan dekoratif rumit yang dilakukan di leher Baju Kurung dan Baju Melayu. Keduanya merupakan pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita dan lelaki Melayu.

3) Interaktif Menganyam Ketupat
Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.

4) Interaktif Menghias Bekas Kuih
Bekas kuih ini dihasilkan daripada anyaman mengkuang. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan variasi warna yang menarik. Bekas Kuih boleh menjadi lebih kreatif dengan menambah hiasan tambahan seperti bunga, riben, manik, kain dan sebagainya.

0 Komen:

Catat Ulasan