Program pendidikan kraf ialah satu cara penyebaran maklumat, memupuk semangat cintakan kraf tempatan, menyalurkan kemahiran asas berkaitan proses pembuatan kraf dan mengekal serta memulihara kraf warisan agar dapat difahami dan dihayati oleh generasi muda. Ianya juga menjadi landasan utama dalam usaha mendidik dan mendekatkan masyarakat kepada seni warisan bangsa. Terdapat 4 aktiviti interaktif yang dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
Interaktif Kraf Seni Anyaman Rotan
Interaktif Kraf Anyaman Rotan melibatkan aktiviti seperti membuat bakul dan rama-rama kecil. Juru tunjuk mengajar cara menganyam bermula dari tapak, badan dan penutup apabila menyiapkan sebuah bakul.
Interaktif Kraf Seramik
Interaktif kraf seramik mengajar cara menghasilkan produk menggunakan teknik throwing, lilitan dan picit-cubit.
Interaktif Kraf Ukiran Kayu
Interaktif Kraf Ukiran Kayu mengajar cara-cara untuk menghasilkan produk menggunakan teknik ukiran tebuk tembus, ukiran timbul dan ukiran layang.
Interaktif Kraf Seni Anyaman Origami Orang Asli
Interaktif Kraf Seni Origami Orang Asli adalah gubahan dan anyaman (origami) daun dan pucuk nipah. Pelbagai seni lipata origami yang diajar seperti tali denan, tali angi, keris, bunga serai, udang, burung, selimpang dan sebagainya.
0 Komen:
Catat Ulasan