MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI KE-24

Pada 19 April 2011 yang lalu, 5 orang kakitangan Bahagian Pemuliharaan bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Shahrudin b. Mohd. Noor telah menghadiri Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Majlis polemik ini merupakan satu forum perbincangan oleh ahli-ahli sejarah berkenaan pengkajian-pengkajian, penemuan dan penulisan mereka mengenai pelbagai perkara yang berkaitan sejarah negara. Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-24 ini telah membincangkan tentang Petempatan dan Kerajaan Awal Malaysia Sebelum 1400M. Perbincangan dalam sesi ini menyentuh petempatan awal dan kerajaan lama di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) sebelum 1400M seperti :-



• Kerajaan Kataha / Kadaram / Chieh Cha di Kedah
• Kerajaan Chi’h T’u, Gua Cha dan Gua Musang di Kelantan
• Kerajaan Gangga Nagara, Kota Tampan, Lenggong, Pulau Kelumpang, Kuala Selinsing dan Changkat Menteri di Perak,
• Lembah Bernam, Jenderam Hilir dan Sungai Lang di Selangor,
• Lo-yueh dan Muar di Johor,
• Kerajaan Fo-lo-an dan Kuala Berang di Terengganu
• Gua Bukit dan Tengku Lembu di Perlis

Turut dibincangkan juga mengenai hubungan kerajaan-kerajaan ini dengan kerajaan-kerajaan lain di sekitar Nusantara berserta cara hidup mereka yang pelbagai termasuklah perahu, tempaan batu, tembikar, pandai besi dan pelbagai lagi.

0 Komen:

Catat Ulasan