Tajuk Buku : MAK, ABAH... REDAILAH ANAKMU
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood, Fatimah Syarha Mohd. Noordin, Ida Ezyani Othman
Buku MAK, ABAH... REDAILAH ANAKMU ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung. kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak. selanjutnya manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni da disayangi. jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh.
Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubugan erat di antara anak dengan ibu bapa. disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.
0 Komen:
Catat Ulasan