INTERAKTIF KRAF SEMPENA PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2011

Interaktif Anyam Ketupat
"Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi atau pulut yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya."

Interaktif Kukur Kelapa
"Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur atau mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Biasanya kukuran terdapat dalam bentuk Kukur Duduk, Kukur Kotak dan Kukur Silang."

Interaktif Kraf ini diadakan sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2011 yang berlangsung pada 21 Julai 2011 hingga 29 Julai 2011 yang lalu. Sepanjang aktiviti ini berlangsung terdapat ramai pengunjung yang teruja untuk belajar menganyam ketupat dan kukur kelapa cara tradisional ini.

0 Komen:

Catat Ulasan