BUKU “PRECIOUS METAL CLAY”

Pengarang  : Xuella Arnold
Tajuk : Precious Metal Clay
Penerbit : New York : St. Martin’s Griffin
Tahun : 2008
ISBN : 0312382324

Buku “Precious Metal Clay” memaparkan maklumat mengenai 25 rekaan kreatif berkaitan aksesori barang kemas dan cenderamata. Ia mengandungi maklumat berkaitan percampuran pelbagai unsur bahan seperti batu pemata, seramik dan emas dalam penciptaan aksesori barang kemas. Langkah serta teknik dalam rekaan aksesori barang kemas dan cenderamata diterangkan dengan jelas dan pelbagai projek yang terdapat dalam buku ini adalah untuk memberi inspirasi kepada para pengiat seni.

0 Komen:

Catat Ulasan