MAJLIS “AN ENCHANTING BATIK EVENING” MISS TOURISM INTERNATIONAL 2011

  Interaktif Mewarna Batik

Miss Tourism International diperkenalkan pada tahun 1994 dan tahun 2011 merupakan penganjuran kali yang ke 15. Pada 22 Disember 2011 (Khamis), Miss Tourism International ini telah dilaksanakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Peserta Miss Tourism International adalah seramai 54 orang iaitu mewakili 54 negara. An Enchanting Batik Evening berkonsepkan santai di mana Peserta Miss Tourism International 2011 akan memperagakan pakaian batik buatan Malaysia yang dihasilkan oleh Pereka-pereka Fesyen tempatan. Bersempena dengan kunjungan tersebut, terdapat beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu lawatan, demonstrasi dan interaktif kraf dan pada sebelah malamnya peragaan fesyen An Enchanting Batik Evening.

0 Komen:

Catat Ulasan