Interaktif Kraf Anyaman Kelarai Buluh (31 Oktober – 5 November 2012)
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman. Pembuatan kelarai dilakukan serentak dengan proses menganyam. Terdapat beberapa jenis kelarai buruh iaitu motif yang berasaskan flora, fauna, rupa abstark, nama tempat dan nama pereka. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.
Interaktif Kraf Mewarna Batik (31 Oktober – 5 November 2012)
Interaktif Kraf Mewarna Batik ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Pengunjung dikenakan bayaran RM10.00 kepada t-shirt yang hendak diwarnakan dan RM5.00 untuk batik frame. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.
Interaktif Kraf Tempurung Kelapa (6 November – 11 November 2012)
Interaktif Kraf Tempurung Kelapa adalah dekorasi yang berasaskan tempurung kelapa seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki, anting-anting, rantai kekunci dan hiasan rumah. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.
Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang (6 November – 11 November 2012)
Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.
0 Komen:
Catat Ulasan