INTERAKTIF SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI 2012
01 Ogos hingga 12 Ogos 2012
Ketupat merupakan simbol bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat adalah nasi atau pulut yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tiga sesi pada Sabtu dan Ahad.
Pertandingan Menganyam Ketupat telah dibuat pada hari Sabtu dan Ahad (4, 5 dan 11 hb Ogos 2012). Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Promosi dan mendapat kerjasama dari Bahagian Pemuliharaan sebagai jurutunjuk dan pengadil untuk pertandingan tersebut. Seramai 15 orang peserta telah menyertai setiap pertandingan yang telah diadakan.
0 Komen:
Catat Ulasan