FESTIVAL HARI KRAF KEBANGSAAN 2010





Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010 telah diadakan bermula 24 Februari hingga 24 Mac 2010. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersempena Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010. Sambutan pada tahun ini dilaksanakan mengikut dua segmen :

# Festival Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala lumpur pada 24 Februari hingga 8 Mac 2010-- Bahagian Pemuliharaan terlibat dengan aktiviti interaktif kraf seperti :
a) Interaktif Anyaman Mengkuang
b) Interaktif Wau
c) Interaktif Labu Sayong

# Festival Kraf Malaysia di pusat-pusat membeli belah serta hotel-hotel terpilih pada 9 hingga 24 Mac 2010-- Bahagian Pemuliharaan terlibat dengan aktiviti interaktif kraf mewarna batik dan seramik di tempat berikut :
a) AEON Alpha Angle, Wangsa Maju ( 13 dan 14 Mac 2010 )
b) Pasar Seni, Kuala Lumpur ( 12, 13, 14, 19, 20 dan 21 Mac 2010 )
c) Great Eastern Mall, Kuala Lumpur ( 13, 14, 20 dan 21 Mac 2010 )

DEMONSTRASI DAN INTERAKTIF KRAF SEMPENA JUALAN KRAF SDSI

Jualan Kraf SDSI 2009 telah berlangsung pada 17-21 Disember 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti jualan telah berlangsung termasuklah aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf. Demonstrasi yang dijalankan adalah ukiran kayu, labu pulau tiga, tekatan, anyaman pandan dan manik. Aktiviti interaktif kraf pula mewarna batik dan seramik. Jurudemo yang terlibat adalah Adiguru Hajah Hawa Binti Ngah Salam (Labu Pulau Tiga), Adiguru Hajah Azizah Binti Mohamad Yusof (Tekatan), Mohd Zarir Bin Abdullah (Ukiran Kayu), Fatimah Binti Ngah (Anyaman Pandan) dan Notiah Binti Wandak (Kraf Manik). Manakala aktiviti interaktif kraf dilaksanakan oleh Noram Binti Tambi (Batik) dan Md. Sallehin Bin Md. Noh (Seramik).

JUALAN BUKU TERBITAN KRAFTANGAN MALAYSIA



Kraf adalah lambang jiwa sesebuah negara, mencerminkan ciri-ciri abadi masyarakatnya. Warisan yang diperturunkan adalah khazanah yang amat bernilai. Kemahiran dan ketekunan tukang kraf melahirkan hasil kraf adalah sumbangan yang tidak ternilai.
Justeru itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mentafsirkan ketukangan kraf dalam bentuk bahan bacaan dan audio visual.


BUKU SHADOW PLAY : MALAY TRADITIONAL THEATRE
Buku ini menyingkap setiap falsafah dan kaedah disebalik tabir dunia Wayang Kulit termasuk proses pembuatan figura dan dihidangkan pula dengan kecemerlangan sentuhan fotografi dan ilustrasi.
Tahun : 2008
ISBN : 97898339196566
Harga : RM110.00
Muka Surat : 118
Versi : Bahasa Inggeris

BUKU UKIRAN KAYU : WARISAN MELAYU



UKIRAN KAYU : WARISAN MELAYU
Buku ini memaparkan kemahiran ukiran kayu yang mengandungi simbol, identiti dan mencerminkan jati diri masyarakat di Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.
Tahun : 2009
ISBN : 9789839196573
Harga : RM100.00
Muka Surat : 101
Versi : Bahasa Malaysia

BICARA PUISI TRADISIONAL REJANG


KUALA LUMPUR 16 Julai - Puisi rejang yang merupakan salah satu genre dalam kesusasteraan tradisional Melayu amat popular satu ketika dulu tetapi kini ia hampir dilupakan. Menyedari hakikat itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini menganjurkan program Bual Bicara Puisi Tradisional - Rejang bersempena Festival Kuala Lumpur 2009. Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pada dasarnya rejang dapat dianggap sebagai genre puisi yang tersendiri yang dilahirkan oleh masyarakat untuk memberi nasihat, ajaran akhlak dan sebagai pengajaran. Beliau berkata, PNM telah mengambil inisiatif menganjurkan program bual bicara itu dengan harapan pembicara akan dapat berkongsi pandangan dan maklumat dengan masyarakat yang kini semakin melupai dunia puisi tradisional Melayu. ''Rejang mungkin satu nama yang janggal bagi masyarakat kini, malah ada segelintir generasi baru sama sekali tidak mengenali asal usul dan cara melagukan puisi tersebut,'' katanya ketika berucap merasmikan program Bual Bicara Puisi Tradisional - Rejang di sini hari ini. Katanya, rejang seolah-olah kehilangan maknanya kini sama ada sebagai hiburan, pendidikan dan pengukuhan sistem kekerabatan seperti kedudukannya dalam masyarakat tradisional dahulu. Seramai 250 peserta menghadiri program tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Menurut Raslin, jumlah khalayak yang meminati genre puisi itu masih terlalu kecil jika ia dibandingkan dengan hiburan popular yang jauh berkembang pesat di Malaysia dan Nusantara hari ini. ''Sesuatu perlu dilakukan dengan gigih serta berkesan oleh pihak yang berkenaan supaya rejang terus kekal bersaing di tengah-tengah suburnya pelbagai kesenian puisi tradisional dan juga hiburan masa kini,'' ujarnya.