BENGKEL KRAF WARISAN BATIK CANTING 2010





Anjuran : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur


Tarikh Bengkel : 22 Mei 2010





Pengenalan


Kegemilangan serta kehebatan sejarah perkembangan seni kraf negara ini perlu dihebahkan terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umumnya kerana seni warisan ini merupakan salah satu daripada teras dalam pembentukan tamadun sesebuah bangsa.Pebadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui program pendidikan kraf telah merancang aktiviti-aktiviti pendidikan yang bertujuan menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan pendidik. Melalui Bengkel Kraf Batik ini kumpulan sasar didedahkan mengenai sejarah, proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf warisan.

Peserta adalah dari kalangan guru-guru pendidikan seni visual sekolah menengah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bilangan penyertaan adalah seramai 35 orang yang dipilih dari sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Modul bagi Bengkel Kraf Batik adalah seperti berikut :

Taklimat Umum
a) Pengenalan kepada sistem pengeluaran dan teknik-teknik pembuatan batik
b) Sejarah perkembangan seni kraf tersebut.
c) Reka corak, fungsi dan kegunaannya dahulu dan sekarang.

Penerangan oleh fasilitator mengenai proses-proses :
a) Mengenali bahan-bahan
b) Proses dan teknik pembuatan
c) Cara-cara menghasilkan rekaan

Gerak Kerja Amali (Bengkel)
Peserta melaksanakan gerak kerja amali yang telah ditetapkan. Setiap peserta dikawal selia oleh tenaga pengajar yang telah dilantik. Peserta dikehendaki melukis, mencanting dan mewarna untuk menghasilkan produk batik. Disamping itu juga, terdapat demonstrasi dari tenaga pengajar berkenaan teknik-teknik tertentu dalam penghasilan produk batik.


Kesimpulan


Aktiviti Bengkel Kraf Batik dapat mengukuhkan penghayatan dan rasa cinta peserta terhadap seni kraf warisan yang menjadi lambang jati diri bangsa serta seterusnya dapat memulih dan memelihara seni kraf warisan daripada terus pupus serta dilupakan khususnya oleh generasi muda.

















0 Komen:

Catat Ulasan