Bengkel Kraf Batik Canting akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010 bersamaan hari sabtu. Bengkel ini melibatkan guru-guru seni visual dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman, bengkel ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Berikut merupakan objektif bengkel ini diadakan :
- Memberi peluang kepada guru-guru mempelajari, mengalami dan menghayati sendiri kemahiran dalam bidang seni kraf batik.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru seni visual terhadap seni kraf batik.
Untuk pertanyaan dan mendaftar sebagai peserta bengkel (hanya guru-guru seni visual) boleh menghubungi pegawai yang terlibat :
Puan Siti Nor Haizan Binti Mohd Zaki
Tel : 03-21627459 / 7533 samb 272
Fax : 03-21612145
0 Komen:
Catat Ulasan